Perkataan mencarut, menyumpah atau kata-kata negatif yang keluar dari mulut anak kecil, sering kali menimbulkan rasa khuatir pada ibu bapa. Sekiranya anda sedang berada di dalam situasi tersebut, tips ibu bapa untuk menangani anak kecil yang sudah tahu mengeluarkan bahasa kesat seperti perkongsian saudara Hazhari Ismail ini, wajar dijadikan panduan.
Baca juga: Baca Doa Pendinding Elak Gangguan Jin, Kadang Ini Punca Bayi Menangis Malam
TIPS IBU BAPA TANGANI ANAK KECIL BERBAHASA KESAT

Gambar: freepic.diller
ANAK SAYA CAKAP PERKATAAN YANG TAK ELOK?
Kanak-kanak biasanya ‘belajar’ perkataan yang tidak elok dari sekeliling seperti mencarut, menyumpah atau kata-kata yang negatif. Bila sebut sekeliling, bukan sekadar dari orang dewasa, bahkan ia termasuklah dari rakan sebaya, TV dan internet, atau jika yang dah pandai baca sikit, boleh jadi dari tulisan.
Kadang-kadang kita risau, kita sedaya upaya menjaga perkataan yang disebut di rumah dengan perkataan yang baik. Tetapi, kita terkejut bila tiba-tiba terpacul dari mulut si kecil seperti bodoh atau kata-kata kesat yang lain. Kalau ada saudara mara yang terdengar, kita yang malu.
Kita pun mungkin tuduh sesiapa mungkin perkataan itu dari Taska atau Tadika, mungkin bila bawa main ke taman permainan dan mendengar dari kanak-kanak lain yang bermain di tempat yang sama.
Ini adalah sifat semula jadi manusia untuk belajar berkomunikasi dengan mendengar perbualan dari sekeliling, kemudian perbendaharaan kata mereka pun bertambah (vocab) dan tadaaaa, mereka pun boleh turut sama berbual.
Baca juga: Doa Anak Lambat Bercakap, Ikhtiar Cara Ini, InsyaAllah Lancar Mulut Si Kecil Bertutur
Anak usia 2 tahun boleh tahu 1 perkataan tidak elok – kajian pakar
Kajian dari Stanford Universiti di bawah pakar bahasa, Melissa Mohr ada menyatakan dalam setiap bahasa, ada lebih kurang 0.7% perkataan berbentuk ‘swearing’ yang mana perkataan ini lebih banyak dituturkan di dalam perbualan harian. Melissa juga menekankan kaitan yang significant kenapa kanak-kanak boleh tahu sekurang-kurangnya satu perkataan yang tidak elok pada umur 2 tahun!
Sebab pada umur bawah 3 tahun, Montessori merujuk otak kanak-kanak di bawah unconscious mind. Mereka akan serap apa sahaja dan mendengar apa sahaja yang berata di sekeliling. Di dalam Islam, umur begini kita kata kan belum mumayyiz iaitu tidak tahu membezakan yang mana baik dan buruk sehingga umur 6/7 tahun.
Baca juga: Panduan Mudah Cuci Kemaluan Bayi Lelaki, Juga Tips Penjagaan Lepas Sunat Baby
Jadi, kenapa kanak-kanak cakap perkataan yang tidak baik?

Gambar: pvproductions
Sebab mereka tak tahu. Benar, mereka tak tahu pun perkataan yang dia tiru adalah perkataan yang tidak baik. Mereka hanya memerhati dari sekeliling (atau menonton), perkataan yang digunakan dengan situasi-situasi tertentu. Oh, bila berlaku situasi begini, kena sebut perkataan ini.
Contoh,
Kalau kawan ejek, kena sebut bodoh. Kalau kena marah, kena sebut pukul kang.
Kalau hilang barang, kena maki orang.
Mereka tidak akan tahu menggunakan perkataan tersebut kalau orang sekeliling tidak menggunakan. Mereka pun kadang-kadang bereksperimen dengan perkataan yang digunakan itu betul atau tidak dalam pelbagai konteks dan situasi.
Adakah perkataan itu perkataan yang kelakar? atau menarik perhatian? atau buat orang lain sedum dan marah? Mereka cuma tak tahu.
Tentang behavior modification
Kita dibiasakan dengan kaedah ‘behavior modification’ iaitu untuk mengubah tingkah laku kanak-kanak, kita perlukan sesuatu seperti reinforcement (pengukuhan/peneguhan) dan punishment (hukuman). Dua-dua itu bertujuan untuk meningkatkan tingkahlaku yang baik, atau membuang tingkahlaku yang tidak baik.
Cuma kadang-kadang kita tersilap, sebab ibu bapa pun panik. Kali pertamakan dengar. Kita teroverreact dengan situasi yang terjadi.
Kalau ibu bapa terdengar anak sebut perkataan yang tidak elok, apa yang ibu bapa buat? Ya, lazimnya kita akan terus marah mereka. Atau terus melakukan proses reinforcement atau punishment. Anak pun terpinga-pinga kena marah. Ini yang selalu terjadi.
Baca juga: Banyak Manfaat Jika Bayi Tidur Tanpa Bantal, Terutama Elak Risiko SIDS!
TIP IBU BAPA PERLU TAHU

Gambar: jcomp
Apa yang kita kena buat?
1. Tenang
Tenang dan bagitahu kepada anak yang perkataan itu tidak elok dan tidak boleh digunakan. Bagi pilihan perkataan yang lain yang lebih baik dan sesuai. Bagitahu yang perkataan yang tidak elok itu sama sakitnya macam kena tumbuk or cubit.
2. Jangan gelak!
Kita mungkin kelakar sebab si kecil cakap benda yang tak elok atau salah tempat. Ingat ya tadi, mereka nak explore penggunaan perkataan either perkataan itu untuk marah ke, sedih ke, lucu ke. Kalau kita gelak, mereka akan salah faham dan akan ulang berulang kali.
3. Periksa apa yang anak tonton
Tolong check apa yang ditonton. TV ke, youtube ke. Bukan boleh percaya sangat rancangan kanak-kanak ini.
Baca juga: Ini 5 Beban Anak Sulung Perempuan Kena Tanggung, Tiada Siapa Tahu Deritanya!
4. Ibu bapa perlu lihat pada diri sendiri
Berbalik kepada kita, tengok diri sendiri berbual bagaimana. Mungkin kita secara tak sedar tersebut depan anak ke.
Berborak dekat telefon dengan kawan sambal menyumpah. Kalau perasan silap kita, cepat-cepat bagitahu dekat anak perkataan itu tidak sesuai dan minta maaf.
5. Beri pujian bila anak berhenti sebut perkataan tidak elok
Kalau ada improvement, anak tak sebut perkataan yang tidak elok even dalam situasi yang sama, jangan lupa puji! Pujian merupakan salah satu positive reinforcement untuk meningkatkan tingkat laku yang baik. Ini lebih efektif.
6. Ibu bapa perlu konsisten
Paling penting, konsisten. Kalau hari ini kita tegur guna perkataan lain, esok kita biarkan dia sebut perkataan tak elok, pun tak jadi juga. Istiqamah dalam mengubah tingkahlaku anak-anak. Jangan on-off bila teringat.
Tapi ingat ya, setiap anak berbeza. Maka hasilnya juga berbeza, cepat atau lambat je.
Baca juga: Ibu Bapa Jangan Biasa Tukar Baju & Tayang Tubuh Depan Anak, Ada Sebabnya Islam Larang!
Sumber: Hazhari Ismail
FT Image: freepik
