Ibu bapa mana yang tidak mahu berikan yang terbaik buat anak-anak mereka, betul tak? Ini termasuklah memberikan sumber makanan yang bagus untuk perkembangan otak si manja. Sebenarnya, terdapat beberapa sumber makanan untuk otak anak menjadi sihat.
Info ini telah dikongsikan oleh Puan Mazliana Mazlan. Menurutnya, otak yang sihat memberikan kesan yang baik kepada si kecil seperti anak mudah belajar dan ingat tentang sesuatu perkara. Justeru itu, mari lihat senarai makanan di bawah.
Baca juga: “Santai-Santai Je, Sambil Baring Pun Boleh!” Ini ‘List’ Aktiviti Kemahiran Bersama Anak Di Rumah
MAKANAN UNTUK OTAK ANAK SIHAT

Ramai tanya saya supplement untuk otak anak. Macam mana nak bagi otak anak cepat faham sesuatu. Macam mana nak bagi anak fokus sikit masa belajar.
Tak ada jalan singkat, kita kena sihatkan otak anak dulu. Sihatkan otak anak dengan banyakkan makan real food, dan kurangkan makanan tinggi proses.
KESAN OTAK ANAK YANG SIHAT
Bila otak anak sihat;
- Anak mudah belajar
- Anak mudah faham
- Anak cepat ingat
- Anak senang fokus
10 MAKANAN BANTU OTAK ANAK JADI SIHAT
10 makanan ini, kita cuba bagi anak kerap sikit. 10 makanan ini, bantu untuk otak anak sihat, Insya Allah.
1. IKAN

Ikan paling kurang tiga kali seminggu tau.
2. TELUR

Telur setiap hari pun boleh, limit 1 – 3 biji untuk anak.
3. KUNYIT

Kunyit kena letak dalam makanan anak setiap minggu. Brain booster untuk anak. Boleh jugak guna serbuk kunyit asli tanpa campuran macam ni.
4. TOMATO

Tomato kunyah macam tu je dah sedap kan. Kita yang kena start ajar anak.
5. BROKOLI

Brokoli boleh masukkan dalam masakan sayur.
6. AVOKADO

Avokado campur madu sedapp!
7. BERRIES

Berries antara makanan untuk otak anak.
8. DARK CHOCOLATE

Dark chocolate ni wajib beli! Serius sangat sedap.
9. KEKACANG

Kekacang biar jadi snacks anak. Elak jajan.
10. KUACI BIJI LABU

Kuaci biji labu. Boleh beli okay.
Kita cuba sama-sama ya. Moga terang hati anak-anak kita, sihat otak anak-anak kita, untuk belajar ilmu baru setiap hari.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan
