Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Bakwan Viral, Rupanya Kena ‘Mandikan’ Bancuhan Baru Hasilnya Rangup!

bakwan

Bakwan atau lebih dikenali sebagai cucur sayur merupakan juadah ringan yang sedap dijamu ketika ia masih panas. Selain mempunyai tekstur yang rangup, bakwan juga kaya dengan pelbagai sayur-sayuran di dalamnya dan enak dimakan bersama sos pencicah.

Kebiasaannya, masyarakat memilih menikmati juadah ringan ini di waktu sarapan pagi atau minum petang.

Baca juga: Ini Resepi Buat Cendol Homemade, Ada 3 Cara Boleh Pilih Ikut Cita Rasa Anda!

IKUT TEKNIK GORENGAN INI BARU MENJADI BAKWAN RANGUP!

bakwan

Gambar: Siti Khajar

Melalui perkongsian resipi dari Puan Siti Khajar, bancuhan bakwan perlu dileperkan di tepi kuali sebelum disiram dengan minyak di atasnya untuk menghasilkan cucur sayur yang rangup. Jom singkap!

Bahan-bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu tepung beras.
  • 4 sudu tepung bestari pedas (pilihan)
  • 1/2 cawan udang geragau kering
  • 1biji telur (pilihan)
  • Sedikit garam.
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan B:

Lagi banyak sayur, lagi sedap

  • 1 1/2 cawan lobak merah sagat
  • 1 1/2 cawan tauge
  • 1 1/2 cawan hirisan kobis
  • 5 tangkai daun kucai
  • 1 labu bawang besar hiris kasar

Cara-cara penyediaannya:

  1. Bahan-bahan A bancuh dengan air ais. Agak-agak jangan pekat dan jangan cair.
  2. Masukkan bahan-bahan B dan digaul rata. Goreng menggunakan minyak yang banyak.

Tips menggoreng bakwan jadi rangup!

  1. Curahkan minyak yang dah panas di tepi kuali.
  2. Pastikan api sederhana, jangan terlalu besar.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan bakwan dan leperkan di tepi kuali.
  4. Curahkan miyak di atas adunan tersebut kerana dengan sendirinya adunan akan menggelongsor ke dalam kuali.

Baca juga: Rahsia Cucur Udang Rangup & Tak Serap Minyak, Baru Tak ‘Berlemuih’ Mulut!

bakwan

Gambar: Siti Khajar

RESIPI SOS PENCICAH

Bahan-bahan A:

  • 2 biji lada merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu gula pasir

Bahan-bahan B:

  • 4 sudu cili sos
  • 4 sudu air panas
  1. Tumbuk lumat bahan-bahan A, sekiranya tidak lumat boleh saja ia ditapis.
  2. Kemudian, campurkan dengan empat sudu cili sos dan empat sudu air panas.

Siap! Bakwan anda sudah sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

Baca juga: Tips Rongga CAKOI Bersarang Cantik & Kembang Elok Masa Goreng, Buat Langkah Ini!

Sumber: Facebook Siti Khajar via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

FT Image: Siti Khajar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×