Euforia Bola 2026
Asuh

7 Kisah Puteri Dongeng Yang Boleh Dibaca Untuk Anak Perempuan, Sambil Dia Berangan Terus Cepat Lena

kisah dongeng

Waktu malam adalah saat paling istimewa untuk mengeratkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak, terutama anak yang masih kecil. Salah satu cara untuk menguatkan ‘bonding’ ini adalah dengan membacakan kisah dongeng klasik kepada mereka.

Tak tahu nak baca kisah yang mana satu? Berikut ialah 7 kisah dongeng klasik yang sarat dengan nilai murni, pengajaran dan keindahan fantasi, sesuai untuk dijadikan bedtime stories kegemaran si manja.

Baca juga: “Makanan & Saiz Badan Tak Kena Usia”- Jurulatih Tegur Bapa Abang Aji, Konten Obesiti Dah Melampau

7 KOLEKSI KISAH DONGENG KLASIK YANG BOLEH JADI ‘BEDTIME STORY’ ANAK, BEST!

1. Puteri Salji dan Tujuh Orang Kerdil (Snow White and the Seven Dwarfs)

kisah dongeng

Foto hiasan.

Tema: Kejujuran, kebaikan dan keberanian

Kisah puteri baik hati yang melarikan diri daripada ibu tirinya yang cemburu, lalu berlindung bersama tujuh orang kerdil. Penuh pengajaran tentang pentingnya kebaikan hati dan keberanian menghadapi cabaran.

2. Cinderella: Kasut Kaca dan Hati Yang Tulus

kisah dongeng

Foto: freepik

Tema: Kesabaran, ketulusan dan harapan

Cerita tentang gadis sederhana yang dilayan seperti orang suruhan, namun tidak pernah hilang harapan. Dengan bantuan pari-pari, dia akhirnya bertemu jodoh dengan seorang putera yang melihat kecantikan hatinya.

3. Sleeping Beauty : Puteri Aurora, Si Cantik Yang Tidur

Foto: People

Tema: Takdir, cinta sejati dan kesabaran

Puteri yang terkena sumpahan dan tertidur seribu tahun sehinggalah dicium oleh putera yang sebenar-benar mencintainya. Cerita ini mengajar anak tentang kekuatan cinta dan kepercayaan terhadap masa depan.

4. Putera Katak (The Frog Prince)

Foto: DisneyPrincess fandom

Tema: Jangan menilai dari rupa, kesetiaan

Seorang puteri terpaksa menunaikan janji kepada seekor katak, yang akhirnya berubah menjadi putera sebenar. Kisah ini mengajak anak-anak untuk menghormati janji dan melihat nilai dalaman seseorang.

5. Rapunzel: Rambut Emas dan Kebebasan

Foto: DisneyFandom

Tema: Keinginan untuk bebas dan percaya diri

Rapunzel dikurung dalam menara tinggi oleh seorang wanita sihir, namun keberanian dan cinta membebaskannya. Sesuai untuk anak-anak yang sedang belajar berdikari dan membina keyakinan diri.

6. Aladdin dan Lampu Ajaib

Foto: pxfuel

Tema: Impian, keberanian dan tanggungjawab

Seorang pemuda miskin menemui lampu ajaib dan jin yang boleh menunaikan permintaan. Kisah ini mengajar bahawa keberanian, bukan kekayaan semata-mata, yang membawa kebahagiaan sebenar.

7. The Little Mermaid: Puteri Laut yang Mengimpikan Darat

Foto: nerdtropolis

Tema: Keberanian, pengorbanan dan identiti diri

Cerita tentang puteri duyung yang ingin merasai kehidupan manusia di daratan dan sanggup berkorban suaranya demi cinta dan impiannya. Kisah ini mengajarkan anak-anak tentang mengikut kata hati, keberanian membuat pilihan, dan menerima diri sendiri dengan redha.

*Cerita dongeng bukan sekadar hiburan kerana boleh merangsang imaginasi anak, menguatkan nilai murni seperti berani, jujur dan penyayang, serta mengeratkan hubungan ibu bapa-anak melalui saat-saat tenang sebelum tidur. Selamat membaca, dan semoga anak-anak tidur lena dengan mimpi yang indah.

Baca juga: Ikon Anak Istimewa Selangor Kongsi Betapa PENTINGNYA Anak Ada Kad OKU, Ini Cara Untuk Mohon

Sumber: Popbela

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×