Euforia Bola 2026
Famili

6000 Pelajar Seluruh Negara Dijangkiti Virus Influenza, KPM Arah Sekolah Ikut Garis Panduan

DIJANGKITI VIRUS INFLUENZA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan seramai kira-kira 6,000 murid dijangkiti virus influenza. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad dalam satu sidang media khas.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat beberapa sekolah yang telah mengambil langkah menutup sementara operasi masing-masing berdasarkan saranan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), walaupun jumlah sekolah yang terlibat tidak dinyatakan secara terperinci.

Baca juga: Tular Terapi Bedung ‘Konon’ Boleh Rawat Anak Lambat Bercakap, Pakar Tegur Semua Ini Tak Masuk Akal!

6000 MURID DIJANGKITI VIRUS INFLUENZA – KPM

DIJANGKITI VIRUS INFLUENZA

Menurut Dr Mohd Azam, KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memantau situasi penularan wabak tersebut. Sekiranya perlu, pihak kementerian bersedia untuk menutup sekolah yang terjejas bagi memastikan keselamatan murid serta seluruh warga sekolah terjamin.

“Kita telah meminta pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) supaya membuat persediaan awal memandangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijadualkan bermula pada 3 November ini,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, kes jangkitan influenza yang dikesan setakat ini tidak tertumpu di satu lokasi sahaja, sebaliknya melibatkan sekolah-sekolah dari beberapa negeri di seluruh negara. Johor merupakan antara negeri yang dilaporkan mengalami kadar penularan tinggi hingga menyebabkan penutupan beberapa buah sekolah.

DIJANGKITI VIRUS INFLUENZA

Freepik

Beliau menjelaskan bahawa penutupan sekolah dilaksanakan secara bersasar, bergantung kepada tahap penularan jangkitan di sesebuah kawasan serta berdasarkan nasihat PKD. Dalam banyak kes, hanya pelajar yang dijangkiti sahaja diberikan cuti sakit tanpa perlu menutup keseluruhan sekolah.

Sehubungan itu, KPM menasihatkan semua institusi pendidikan agar merujuk kepada garis panduan pengurusan penyakit berjangkit yang telah ditetapkan, serta melaporkan sebarang kes jangkitan terus kepada pihak kesihatan tempatan.

Pelajar dan warga sekolah juga digalakkan untuk memakai pelitup muka serta mengurangkan aktiviti berkumpulan yang melibatkan ramai murid bagi mengelakkan penularan lebih meluas.

Baca juga: Wanita Ini Cadang Waktu Sekolah Rendah 7.30AM-5.30PM, Mental Ibu Ayah Terjaga & Tak ‘Rushing’!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×