Euforia Bola 2026
Famili

5 Peguam Berprofil Tinggi Turun Padang Wakili Tertuduh Kes Zara Qairina, Ini Rekod Kes Guaman Mereka!

peguam berprofil tinggi

Kes melibatkan remaja tertuduh berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu menjadi perhatian ramai. Antara sebabnya ialah barisan peguam berprofil tinggi yang tampil mewakili mereka.

Mari kenali siapa sebenarnya lima peguam yang kini menjadi tumpuan dalam kes ini.

Baca juga: Prosiding Inkues Zara Qairina Di Mahkamah Kota Kinabalu Pagi Ini, Dikawal Ketat Oleh Anggota Keselamatan!

5 PEGUAM BERPROFIL TINGGI MEWAKILI 5 TERTUDUH KES ZARA ZAIRINA

1. Datuk Ram Singh

peguam berprofil tinggi

Kehadiran Datuk Ram Singh di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu semalam telah menarik perhatian ramai. Beliau dikenali sebagai seorang peguam kanan di Sabah yang sering mengendalikan kes-kes berprofil tinggi.

Antara rekod penting dalam kerjayanya:

  • Membela Mohammad Ambree Yunos dalam kes pembunuhan pembantu rumah Nur Afiyah Daeng Damin. Dalam kes tersebut, Ambree dan bekas isterinya, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong (bekas finalis MasterChef Malaysia) dijatuhkan hukuman penjara 34 tahun pada 20 Jun 2025.
  • Mewakili dua ADUN Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) dan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Tanjung Batu), yang didakwa atas kes rasuah berkaitan lesen carigali mineral.
  • Menjadi sebahagian pasukan pembela Ebit Lew dalam perbicaraan di Tenom yang masih berjalan sejak 2021.

Reputasi beliau sebagai seorang peguam berpengalaman luas dan reputasi kukuh menjadikan Datuk Ram Singh sosok yang cukup diperhatikan dalam kes Zara Qairina ini.

2. Azhier Farhan Arisin

peguam berprofil tinggi

Azhier Farhan bin Arisin ialah pengasas bersama firma guaman Azhier Arisin & Jaafar dan graduan undang-undang cemerlang UiTM Shah Alam.

Beliau pernah mewakili beberapa tokoh politik terkenal, termasuk Tan Sri Musa Aman dalam petisyen pilihan raya dan YB Yamani Hafez Musa di Mahkamah Persekutuan. Selain itu, beliau juga pernah mengendalikan kes dadah berbahaya melibatkan hukuman mati mandatori serta pertikaian infrastruktur dan tenaga.

Kepakaran Azhier dalam litigasi sivil dan jenayah berprofil tinggi menjadikannya antara peguam muda Sabah yang menonjol.

3. Abdul Fikry Jaafar Abdullah

peguam berprofil tinggi

Abdul Fikry Jaafar bin Dato’ Abdullah memulakan karier guaman pada tahun 2013 dan berpengalaman luas dalam litigasi sivil serta jenayah.

Antara kes berprofil tinggi yang pernah dikendalikan:

  • Bertindak sebagai peguam utama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkamah Persekutuan, berjaya menentang permohonan untuk menggantung keputusan pilihan raya Parlimen Kimanis.
  • Memperoleh kemenangan dalam rayuan di Mahkamah Rayuan, termasuk kes rumit melibatkan kuasa wakil dan pertikaian tanah.
  • Mewakili SPR dalam empat petisyen pilihan raya.
  • Berjaya mempertahankan Sabah Economic Development Corporation (SEDCO) dalam saman sivil melibatkan perjanjian jual beli.
  • Beliau pernah mewakili institusi kewangan besar seperti Bank Islam Berhad, Sabah Credit Corporation dan LPPSA.
  • Membela kes jenayah serius termasuk pengedaran dadah, kes bunuh, pecah amanah jenayah (CBT) dan kesalahan di bawah AMLA.

Dengan reputasi sebagai litigator berkemahiran tinggi, Abdul Fikry sering dilantik mewakili agensi kerajaan, syarikat swasta, serta individu dalam kes yang kompleks.

4. Sylvester Kuan

Sylvester Kuan pula pernah muncul dalam liputan media sebagai peguam mewakili salah seorang tertuduh dalam kes kumpulan jenayah “Geng Upik” yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Walaupun maklumat lengkap mengenai latar belakang beliau masih terhad, penglibatannya dalam kes jenayah besar ini menunjukkan pengalamannya dalam bidang perundangan jenayah.

5. Fareez Salleh

Fareez Salleh turut berada dalam senarai barisan peguam yang mewakili remaja tertuduh.

Namun, tidak dapat dipastikan identitinya adakah beliau orang yang sama mengendalikan kes berprofil tinggi melibatkan skandal Jabatan Air Sabah dengan menggunakan nama peguam Fareez Mohamed Salleh. Di mana, pihak berkuasa merampas pelbagai barangan mewah termasuk 93 beg tangan berjenama.

Baca juga: Mahkamah Tolak Rayuan Akhir, Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun Abai & Aniaya Bella!

5 remaja tak mengaku salah dakwaan keluar kata-kata menghina

Terdahulu, lima remaja berkenaan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap terhadap Allahyarham Zara Qairina. Mereka mengaku tidak bersalah.

Prosiding dijalankan secara tertutup dengan kawalan keselamatan ketat.

Selepas perbicaraan, media dimaklumkan bahawa Ram telah memohon perintah larangan (gag order), yang sekali gus menghalang pendedahan lanjut mengenai apa yang berlaku sepanjang prosiding di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.

Sumber: Azhier Arisin & Jaafar – Advocates & Solicitors / The Reporter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×