Euforia Bola 2026
Teknologi

Bukan Sekadar Kad Pengenalan, Ada 5 Lagi Fungsi MyKad Yang Jarang Rakyat Malaysia Tahu!

fungsi MyKad

Fungsi MyKad bukan lagi sekadar sebagai kad pengenalan semata-mata. Kad pintar kebanggaan rakyat Malaysia ini kini menjadi alat serba guna yang memberi pelbagai kemudahan dalam urusan harian.

Malah, bermula 30 September rakyat tempatan akan menikmati harga petrol subsidi serendah RM1.99 seliter hanya dengan menggunakan MyKad. Sementara, bukan warganegara perlu membayar RM2.60 seliter.

Baca juga: Tutorial Lengkap ‘Block’ Iklan Facebook Tak Sesuai Untuk Pengguna Muslim, Barulah Selamat Mata & Jiwa

5 FUNGSI MyKad SELAIN KAD PENGENALAN DIRI RAKYAT MALAYSIA

fungsi MyKad

Gambar oleh Sirap Limau.

Perubahan ini jelas menunjukkan betapa teknologi mampu mengubah cara hidup kita dan memberi manfaat terus kepada rakyat.

Selain digunakan untuk mendapatkan petrol subsidi BUDI95, ada banyak lagi fungsi lain MyKad yang mungkin ramai tidak tahu. Jom lihat 5 fungsi MyKad seperti di bawah:

1. Urusan rasmi dan perbankan

MyKad amat penting ketika berurusan dengan agensi kerajaan seperti KWSP, PERKESO, LHDN, JPJ atau Imigresen. Data dalam cipnya digunakan untuk mengesahkan identiti pemilik.

Di sektor kewangan pula, MyKad diperlukan dalam proses Know Your Customer (KYC) bagi memastikan transaksi selamat dan mencegah penipuan. Kini, pengesahan juga boleh dilakukan secara elektronik melalui sistem e-KYC tanpa perlu hadir ke cawangan.

2. Rekod kesihatan asas

Kad ini turut menyimpan maklumat penting seperti jenis darah, status penderma organ, penyakit kronik, vaksinasi serta waris terdekat.

Hospital yang mengambil bahagian dalam projek Telekesihatan boleh mengakses data ini dengan segera sekiranya berlaku kecemasan, sekali gus mempercepatkan rawatan awal.

3. Akses bantuan kewangan

Kerajaan kini mengkreditkan bantuan tertentu terus ke dalam MyKad. Contohnya, program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima berbelanja di pasar raya terpilih hanya dengan menunjukkan MyKad.

Bermula 31 Ogos 2025, semua warganegara berusia 18 tahun ke atas menerima RM100 secara automatik.

Baca juga: Jangan Berani Tinggal 6 Barang Ini Dalam Kereta, No. 6 Akan Menyesal Seumur Hidup Kalau Jadi!

fungsi MyKad

Gambar hiasan: Touch ‘n Go Malaysia

4. Touch ‘n Go dalam MyKad

MyKad boleh digunakan untuk pembayaran tol, tambang pengangkutan awam dan parkir. Malah, ia juga menyokong pas perjalanan bulanan seperti My50, menjadikannya lebih praktikal untuk pengguna LRT, MRT atau BRT.

Jadi, jangan risau kalau tertinggal kad TnG, sebab MyKad kan ada!

5. Autogate di lapangan terbang

Bagi yang kerap melancong, MyKad memudahkan urusan imigresen melalui sistem Autogate. Dengan imbasan kad dan cap jari, pengguna boleh melintas tanpa perlu beratur panjang.

Kemudahan ini bukan saja jimat masa, malah lebih selamat kerana sistem Autogate terus disambung dengan data imigresen. Rekod perjalanan, status visa atau sekatan keluar masuk boleh dikesan serta-merta.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, MyKad bukan sekadar bukti identiti, malah menjadi kunci kepada pelbagai kemudahan moden. Dengan penggunaan yang bijak dan bertanggungjawab, kad kecil ini mampu memberi impak besar dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Baca juga: Pakar Dedah Taktik Scammer Akses Data Telefon, Hanya Guna Jemputan Kahwin Palsu

Sumber: Lobak Merah

FT Image: BERNAMA (1), (2)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×