Menghirup udara segar, menikmati suasana aman dan tenang di kawasan tempat tinggal merupakan idaman setiap insan. Oleh sebab itulah, ada kajian yang dilakukan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyenaraikan 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2025.
Keputusan memaparkan bahawa Bandar Lipis di Pahang dan Bintulu di Sarawak dinobat sebagai antara 20 Bandar Paling Bahagia Tahun 2025 menerusi Indeks Kebahagiaan Malaysia!
Baca juga: Hidup Tanpa Hiburan, Ini 7 Bandar Dikatakan Paling BOSAN Di Malaysia Yang Anda Kena Tahu!
20 BANDAR PALING BAHAGIA DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2025, BANDAR LIPIS PALING ‘TOP’!

Foto: KPKT
Setiap tahun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengumumkan senarai Bandar Paling Bahagia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan pada 20 Mac. KPKT dalam kenyataan terbaharu di laman media sosial memaklumkan lapan daerah dianugerahkan Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Daerah) manakala 12 lagi bagi Kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran pada Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.
“Selain Lipis dan Telupid, tujuh lagi bandar yang menerima anugerah sama bagi kategori Majlis Daerah ialah Cameron Highlands (Pahang), Kuala Krai (Kelantan), Bandar Baharu (Kedah), Jerantut (Pahang) dan Jelebu (Negeri Sembilan),” menurut kenyataan itu.
1. Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Daerah)
– Bandar Lipis, Pahang;
– Cameron Highlands, Pahang;
– Bandar Kuala Krai, Kelantan;
– Bandar Baharu, Kedah;
– Bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan;
– Bandar Jerantut, Pahang;
– Bandar Jelebu, Negeri Sembilan; dan
– Bandar Telupid, Sabah.
Sementara itu, 11 lagi bandar yang menerima anugerah berkenaan bagi kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran ialah Bintulu (Sarawak), Temerloh (Pahang), Bandaraya Diraja Klang (Selangor), Jasin (Melaka) serta Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru (Johor).
Turut menerima anugerah sama ialah Putrajaya, Petaling Jaya (Selangor), Bandaraya Melaka (Melaka), Ampang Jaya (Selangor) dan Port Dickson (Negeri Sembilan).
Sebanyak 153 Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan), Sabah serta Sarawak terlibat dalam Kajian Indeks Kebahagiaan iaitu 115 bandar (75 peratus) mencapai status bahagia manakala 38 lagi (25 peratus) mencapai status sederhana bahagia.
2. Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran)
– Bandar Bintulu, Sarawak;
– Bandar Temerloh, Pahang;
– Bandaraya Diraja Klang, Selangor;
– Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan;
– Bandar Jasin, Melaka;
– Bandar Pontian, Johor;
– Bandar Ampang Jaya, Selangor;
– Bandar Batu Pahat, Johor;
– Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka;
– Bandaraya Petaling Jaya, Selangor;
– Bandaraya Johor Bahru, Johor; dan
– Bandar Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Foto: KPKT
Kriteria indeks itu selaras dengan pengukuran kebahagiaan di peringkat dunia yang memfokus kepada tahap tekanan hidup, kesihatan, hubungan kekeluargaan serta kepuasan terhadap kemudahan dan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pemimpin setempat.
*Bandar di kampung halaman atau tempat bermastautin anda tersenarai atau tidak?
Baca juga: 10 Tempat Hanya Indah Khabar Dari Rupa Di Malaysia, Kalau Pergi Rasa Serabut!
Sumber: Foto @sarawakattractions, Instagram @kpkt
