Euforia Bola 2026
Rakyat

Bukan Sekadar Cantik, Ini 10 Bandar Paling Bahagia & Aman Di Malaysia 2026…Sesuai Nak ‘Pencen’ Sini!

bandar paling bahagia

Kebahagiaan sesebuah bandar bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal semata-mata, tetapi turut melibatkan kesejahteraan hidup, hubungan komuniti, keselamatan, serta keseimbangan antara kehidupan dan persekitaran. Menariknya, bagi tahun 2026, senarai bandar paling bahagia di Malaysia didominasi oleh kawasan yang lebih tenang, kurang sesak, dan dekat dengan alam semula jadi.

Baca juga: Senarai 10 Bandar Paling Mahal Di Dunia, Dari Harga Sewa Rumah Ke Secawan Kopi Pun Boleh Buat ‘Menangis’!

10 BANDAR PALING BAHAGIA DI MALAYSIA TAHUN 2026

Antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia tahun ini ialah:

1. Bandar Simpang Renggam, Johor

bandar paling bahagia

Foto: Facebook KPKT Malaysia

Bandar kecil ini mempunyai suasana damai dengan komuniti yang rapat. Kehidupan yang sederhana serta kos sara hidup yang lebih rendah menjadikan penduduknya lebih tenang dan sejahtera.

2. Bandar Dabong, Kelantan

bandar paling bahagia

Foto: Facebook KPKT Malaysia

Bandar Dabong terkenal dengan keindahan alam semula jadi seperti air terjun dan gua. Bandar ini juga memberikan ketenangan luar biasa kepada penduduknya serta gaya hidup santai menjadi faktor utama kebahagiaan di sini.

3. Bandar Kluang, Johor

bandar paling bahagia

Foto: Facebook KPKT Malaysia

Kluang semakin popular sebagai bandar yang seimbang antara moden dan tradisional. Kemudahan mencukupi serta suasana tidak terlalu sibuk menjadikannya antara bandar yang paling tenang.

4. Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu

bandar paling bahagia

Foto: Facebook KPKT Malaysia

Bandar pesisir pantai ini bukan sahaja cantik, malah terkenal dengan gaya hidup yang santai. Faktor budaya dan komuniti yang kuat menjadi salah satu sebab bandar ini tenang dan harmoni.

5. Bandar Lipis, Pahang

bandar paling bahagia

Foto: Facebook KPKT Malaysia

Sebagai bandar bersejarah, Bandar Lipis mempunyai suasana yang klasik dengan dan dipenuhi dengan kehijauan alam. Kehidupan yang tidak terlalu sibuk seperti di bandar lain menjadikan penduduk lebih tenang dan damai.

6. Bandar Marang, Terengganu

bandar paling bahagia

Foto: Facebook KPKT Malaysia

Marang terkenal dengan pantai yang indah dan suasana kampung yang harmoni. Hubungan kejiranan yang erat menjadi sebab kebahagiaan masyarakat di sini.

7. Bandar Mersing, Johor

bandar paling bahagia

Foto: Facebook KPKT Malaysia

Sebagai pintu masuk ke pulau-pulau terkenal, Mersing menawarkan pemandangan laut yang menenangkan. Gaya hidup yang santai dan dekat dengan alam menjadi kelebihan utama di bandar ini.

8. Bandar Permaisuri, Terengganu

bandar paling bahagia

Foto: Facebook KPKT Malaysia

Bandar kecil ini mungkin kurang dikenali, namun suasananya yang aman dan komuniti yang mesra menjadikannya antara bandar paling bahagia.

9. Bandar Ranau, Sabah

bandar paling bahagia

Foto: Facebook KPKT Malaysia

Terletak berhampiran Gunung Kinabalu, Ranau menawarkan udara segar dan pemandangan yang menakjubkan. Kehidupan yang dekat dengan alam menyumbang kepada kesejahteraan mental penduduk.

10. Bandar Raub, Pahang

bandar paling bahagia

Foto: Facebook KPKT Malaysia

Raub terkenal dengan hasil pertanian seperti durian Musang King. Suasana luar bandar yang nyaman serta komuniti yang harmoni menjadikan bandar ini antara yang paling bahagia.

Senarai ini membuktikan bahawa kebahagiaan tidak semestinya datang dari bandar besar dan moden.

Kadangkala, kehidupan yang sederhana, tenang, dan dikelilingi komuniti yang prihatin sebenarnya lebih memberi makna.

Baca juga: Mungkin Kecil, Tapi Ini 5 Perkara Yang Rakyat Malaysia Lakukan Untuk Jadikan Kita Komuniti Yang Kuat!

Sumber: KPKT Malaysia

FT Images: KPKT Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×