Setiap pelajar pasti mempunyai cara tersendiri untuk belajar dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun, dalam era digital hari ini, platform seperti YouTube channel menjadi antara sumber rujukan utama yang sangat membantu.
Terbaharu, seorang pelajar dikenali sebagai Wazieff di TikTok mencuri perhatian apabila berkongsi senarai YouTube channel yang banyak membantunya memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Baca juga: Tak Puas Hati ‘Result’ SPM 2025? Ini Cara Buat Semakan Semula Dalam Tempoh 30 Hari Secara Online!
SENARAI YOUTUBE CHANNEL BANTU SKOR DALAM SPM
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai kerana himpunan channel yang disarankan bukan sahaja mudah difahami, malah sesuai untuk pelajar yang ingin ulangkaji secara santai tetapi berkesan.
Berikut merupakan senarai channel yang dikongsikan oleh Wazieff untuk rujukan pelajar SPM:
Matematik

Untuk subjek Matematik, beberapa channel ini sering menjadi pilihan pelajar kerana penerangan yang jelas dan teknik mudah difahami.
- Ilmu Free by MCPlus
- Teacher Mirah
- Cikgu Athirah
- Sir Race (PTTI Matematik SPM)
Sejarah

Subjek yang sering dianggap mencabar ini sebenarnya lebih mudah jika teknik yang betul digunakan.
- Histrozi
- Bistro Ilmu
- Sejarah Specialists
- Ezys Sejarah
Fizik

Bagi pelajar aliran sains, channel ini membantu memahami konsep Fizik dengan lebih mudah.
- Zulhelmi Ramli
- PhysicsByJung (Jung Hao Physics)
- Mohd Afifi Physics
- Mudahnya Fizik!
Kimia

Kimia juga antara subjek yang memerlukan pemahaman konsep yang kuat. Ini antara channel yang disyorkan:
- Chemistry SPM
- Walhanna
- Intan Zareena Zahedi
Matematik Tambahan

Subjek yang sering digeruni pelajar ini boleh jadi lebih mudah dengan bantuan channel berikut:
- AddMaths Kacang
- Choon Hau
- Cikgu Hassan
- Fatimatuzzahra Yunos
Prinsip Perakaunan

Channel ini boleh dijadikan rujukan tambahan:
- Cikgu Shahida Shahar
- Yeah Teacher Akaun
- Mr Wong Akaun
- Husna Tutor Akaun (TikTok)
Perkongsian ini membuktikan bahawa pembelajaran tidak lagi terhad di dalam kelas semata-mata. YouTube juga mampu menawarkan penerangan yang lebih santai dan mudah faham selain akses percuma kepada semua pelajar
Bagi calon SPM di luar sana, senarai channel ini boleh dijadikan panduan tambahan untuk menguatkan lagi pemahaman dalam setiap subjek. Mana tahu, ini juga boleh jadi ‘rahsia’ untuk anda skor dalam peperiksaan nanti!
Sumber: TikTok Wazieff
