Euforia Bola 2026
Rakyat

Yang Dipertuan Muda Terengganu Dilantik Sebagai Pemangku Raja, Bermula Rabu Ini!

Yang Dipertuan Muda Terengganu

Pelantikan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail anakanda Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Pemangku Raja menjadi tumpuan selepas Istana Terengganu mengumumkan perkembangan rasmi melibatkan pentadbiran negeri itu, baru-baru ini.

Baca juga: Pemuda Kelantan Hasilkan Potret Putera Mahkota Brunei Dihiasi Emas & Swarovski, Dapat Persembahkan Sendiri Kepada Baginda

YANG DIPERTUAN MUDA TERENGGANU DILANTIK SEBAGAI PEMANGKU RAJA

Yang Dipertuan Muda Terengganu

Gambar Facebook Korporat Suk Terengganu.

Di mana, upacara pemasyhuran pelantikan Tengku Muhammad Ismail yang berkuat kuasa sebagai Pemangku Raja bermula Rabu ini, telah berlangsung semalam di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Datuk Azmal Azaddin memaklumkan bahawa pelantikan itu dibuat susulan Sultan akan beristirahat daripada semua tugas-tugas serta atur cara rasmi atas nasihat pegawai perubatan.

Baca juga: Tengku Ampuan Pahang Lawat Bayi Kembar 3 Adik-Adik Arwah Al-Fateh Di Hospital, ALLAH Ganti Tiga Sekali gus

Yang Dipertuan Muda Terengganu

Gambar Facebook Korporat Suk Terengganu.

Dalam perkembangan sama, sambutan Hari Ulang Tahun ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu yang dijadualkan pada 26 April turut ditangguhkan.

Semua istiadat, atur cara serta program berkaitan akan diumumkan semula pada tarikh baharu yang akan ditetapkan kelak.

Baca juga: Permaisuri Curi Tumpuan Beraksi Di Sukan SEA 2025, Termasuk 3 Keluarga Diraja Ini Menyerikan Temasya!

Sumber: BERNAMA

FT Image: Pejabat KDYMM Sultan Terengganu / Korporat Suk Terengganu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×