Ramai di antara kita memandang rendah dalam pemilihan lampu bilik tidur, tetapi sebenarnya tubuh manusia sangat sensitif kepada cahaya. Hal ini kerana cahaya boleh memberikan kesan kepada hormon, fokus, dan dapat mengganggu kitaran tidur dan bangun manusia.
Oleh itu, warna cahaya lampu boleh menentukan sama ada tubuh lebih mudah dan selesa untuk berehat atau sebaliknya. Pemilihan lampu yang sesuai juga boleh membantu menyokong kesejahteraan fizikal dan mental secara keseluruhan.
Baca juga: Step-By-Step DIY Lampu Studio ‘Hangus’ RM30 Je, Hasil Memang Padu!
LAMPU BILIK TIDUR MANA YANG TERBAIK? LAMPU PUTIH ATAU LAMPU KUNING?

Gambar: PHM
Kelebihan lampu kuning atau warm white
Lampu kuning atau warm white (2700k hingga 3000k) menghasilkan cahaya yang lembut dan hangat, serta menghasilkan suasana yang menyenangkan. Kelebihannya ialah;
- Lampu ini mempunyai kadar cahaya biru yang rendah, sekaligus merangsang pengeluaran melatonin
- Lampu kuning juga bersifat lembut dan mempunyai kontras yang rendah
Apabila hormon ini dihasilkan dengan baik, tubuh lebih mudah untuk memasuki fasa berehat dan tidur menjadi lebih nyenyak serta berkualiti.
Oleh sebab itu, lampu kuning lebih sesuai digunakan di dalam bilik tidur atau ruang tamu pada waktu malam sekali gus mengelakkan masalah mata kering atau pedih sebelum tidur.

Kelebihan lampu putih atau cool daylight
Lampu putih atau Cool Daylight (6000k hingga 6500k) meniru cahaya matahari dan merangsang tenaga (Kortisol), dan bersifat terang dan tajam. Kelebihannya ialah;
- Cahaya jenis ini mengurangkan pengeluaran melatonin
- Menyebabkan tubuh menjadi lebih aktif
- Minda lebih fokus dan sukar untuk berehat
Penggunaan lampu putih pada waktu malam khususnya di bilik tidur menyebabkan sukar untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
Jika terdedah kepada lampu putih dalam jangka masa yang panjang, otak mungkin masih dalam keadaan “berjaga-jaga”. Lampu jenis terang ini sesuai digunakan di dapur, meja belajar, ruang kerja, bilik air dan tempat yang memerlukan fokus dan ketelitian.
Kesimpulannya, pemilihan lampu memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti tidur. Dengan menyesuaikan warna lampu mengikut fungsi ruang dan waktu, bukan sahaja kualiti tidur meningkat, malah emosi menjadi lebih stabil, dan tubuh menjadi lebih sihat.
Baca juga: Buat Lampu Emergency Untuk Standby Masa Blackout. Modal RM2 Tapi Terang-benderang!
Sumber: Public Health Malaysia
FT Image: Gemini AI
