Euforia Bola 2026
Famili

Ramai Masih Terkesan & Rasa Sebak…Ini Kronologi Warga Emas & 70 Ekor Kucing Terkorban Dalam Kebakaran Rumah

WARGA EMAS RENTUNG

Kehidupan Norhaeda Azahari, 51, berubah sekelip mata pada petang Ahad apabila rumah yang didiaminya di Jalan Tok Guru musnah dalam kebakaran. Kejadian itu mengakibatkan seorang warga emas rentung iaitu ibu angkatnya, selain puluhan haiwan yang menjadi tanggungjawabnya turut terkorban.

Baca juga: Tak Sangka Teknik ‘Berus’ Badan Buat Anak Picky Eater Terus Boleh Makan Apa Sahaja, Ibu Ini Kongsi Rahsia!

WARGA EMAS RENTUNG, TINGGALKAN ANAK ANGKAT & 70 EKOR KUCING

warga emas rentung

Menurut Norhaeda, sebelum kejadian dia berada di Pengkalan Chepa bagi menyelesaikan urusan kerja dan tidak menyangka itu menjadi kali terakhir dia meninggalkan rumah dalam keadaan aman. Sekitar jam 6 petang, dia menerima satu panggilan telefon yang mengejutkan, memaklumkan rumahnya sedang terbakar.

Dia bergegas pulang ke lokasi namun sebaik tiba, api dilihat sedang marak dan keadaan sudah di luar kawalan. Dalam kekalutan itu, Norhaeda menerima berita paling menyayat hati apabila dimaklumkan ibu angkatnya, Fatimah Mat Said, 89, tidak sempat menyelamatkan diri dan ditemukan rentung dalam kebakaran berkenaan.

Tragedi itu turut meragut nyawa 70 ekor kucing peliharaannya yang ketika kejadian berada di dalam sangkar, selain lima ekor anjing liar yang sering diberinya makan dan berlindung di sekitar rumah tersebut.

Norhaeda memaklumkan, ibu angkatnya berada dalam keadaan uzur dan mempunyai masalah penglihatan walaupun masih mampu bergerak sendiri. Keadaan itu dipercayai menyukarkan mangsa untuk menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

Mayat Fatimah berjaya dikeluarkan oleh pihak polis dan bomba pada jam 8.39 malam selepas operasi pemadaman selesai dijalankan.

warga emas rentung

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Satyuti Satar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.58 petang sebelum 27 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi, rumah berkenaan didapati telah musnah hampir sepenuhnya dengan anggaran kemusnahan sebanyak 98 peratus.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tok Guru, sekali gus mengesahkan tragedi yang meninggalkan kesan mendalam buat Norhaeda yang kehilangan insan tersayang dan haiwan kesayangan dalam satu kejadian.

Baca juga: Cara Mohon Kad Fizikal Lesen Memandu & Kos Bayaran, Tak Perlu Kemukakan Bukti Penerbangan

Sumber: Sinar Harian & Facebook Santai Jer

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×