Euforia Bola 2026
Cantik

7 Kepercayaan Nenek Moyang Tentang Wanita TIADA DARA, Nombor 2 Paling Popular!

wanita tiada dara

Mitos ciri wanita tiada dara banyak dikaitkan dengan kepercayaan nenek moyang. Di mana, mereka dipercayai mempunyai beberapa ilmu untuk mengetahui tanda-tanda wanita tiada perawan.

Sebagai lelaki mahupun wanita sendiri, jangan cepat percaya apa yang anda baca di laman sosial. Mungkin semua itu auta semata-mata! Berikut merupakan 7 mitos atau kepercayaan nenek moyang mengenai tanda-tanda wanita tiada dara.

Baca juga: Bukan Pemerah Kuku Je, Ini Khasiat Daun Inai Ramai Tak Tahu Boleh Rawat Penyakit Rupanya!

WANITA TIADA DARA

wanita tiada dara

Gambar: freepik

1. Jalan kengkang

Jalan kengkang merupakan antara kepercayaan popular yang berkaitan dengan wanita tiada dara. Di mana, ada yang beranggapan wanita itu telah melakukan hubungan seks yang menyebabkan daranya hilang sehingga mempengaruhi gaya jalan yang mengengkang.

Kepercayaan ini tidak boleh diterima pakai. Hal ini kerana, cara jalan setiap orang adalah berbeza antara satu sama lain.

2. Punggung yang jatuh

Selain itu, punggung jatuh juga dikaitkan dengan kepercayaan nenek moyang tentang wanita tiada dara. Banyak kepercayaan mengatakan, wanita yang memiliki punggung yang sudah jatuh pernah melakukan hubungan seks.

Hal ini kerana, semasa melakukan hubungan seks, wanita berada dalam keadaan terlentang dan ditimpa oleh lelaki.

3. Fizikal tubuh berubah gemuk

Terdapat banyak kepercayaan mengatakan bahawa wanita yang pernah melakukan hubungan seks, tubuh badannya berubah menjadi gemuk. Ia boleh dilihat wanita yang bertubuh kurus dulunya, sekarang berubah gemuk.

Baca juga: 7 Kaedah Mudah Hilang ‘DOUBLE CHIN’, Tak Sorok Dagu Dah Lepas Ni!

4. Tidak berdarah sewaktu berjimak

wanita tiada dara

Gambar: freepik

Tidak berdarah sewaktu melakukan hubungan seks tidak bermakna wanita tersebut sudah hilang daranya. Hal ini kerana, dara wanita boleh hilang akibat pergerakan yang aktif seperti bersukan.

Dara boleh pecah tanpa sebarang sebab. Semuanya bergantung kepada ketebalan dan keanjalan selaput dara masing-masing.

5. Lebih bijak beraksi di ranjang

Sewaktu melakukan hubungan seks, pasangan anda lebih bijak beraksi dan lebih liar di ranjang. Secara tak langsung, wanita itu dianggap sudah pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.

6. Faraj longgar

Faraj yang ‘ketat’ bukan lah penentu sama ada seorang wanita itu perawan atau tidak. Semua ini bergantung kepada kekerapan senaman yang dilakukan oleh wanita tersebut.

7. Punggung besar

Ada juga tip mengatakan bahawa bentuk punggung seorang wanita boleh menandakan keperawanan seseorang. Kononnya, punggung yang telah disentuh lelaki lebih lebar dan besar.

Jangan cepat percaya! Keperawanan seorang wanita tidak boleh dilihat secara fizikal. Mana tahu, wanita tersebut mempunyai rutin senaman sendiri yang menyebabkan punggung nampak menarik dan lebih anjal!

Baca juga: Atasi Kulit Leher Kedut & Geleber Dengan 3 Cara Ini, Makin Tegang & Nampak Muda!

Sumber: SembangSembang / Hello Doktor 

FT Image: wirestock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×