Euforia Bola 2026
Sihat

Wanita Terengganu Ini Dikesan Miliki Jenis ‘Darah Emas’ Rh Null, Paling Rare Di Dunia!

Rh Null

Memiliki kumpulan darah paling jarang di dunia bukan sekadar keunikan, malah datang bersama tanggungjawab besar apabila Rh Null dikenal pasti hanya wujud pada seorang daripada jutaan manusia.

Itulah ‘anugerah’ luar biasa dimiliki seorang wanita dari Terengganu yang kini menjadi satu-satunya pemilik darah jenis Rh null di Malaysia.

Baca juga: 7 Gaya Komunikasi Ini Nampak Macam Biasa Tapi Sebenarnya Boleh Buat Orang Menyampah!

Rh Null, PEMILIK ‘DARAH EMAS’ PENDERMA YANG SUNYI

Rh Null

Gambar: PHM

Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 29 tahun itu hanya mengetahui mengenai keistimewaan darahnya pada tahun 2016 selepas tampil menderma darah.

Pada awalnya, dia mengakui sukar mempercayai hakikat bahawa dirinya merupakan individu tunggal di negara ini yang memiliki kumpulan darah berkenaan.

Namun selepas menerima penjelasan daripada doktor mengenai kepentingan dan keunikan Rh Null, barulah dia mula memahami tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Sejak itu, aspek kesihatan menjadi keutamaan kerana menyedari risiko perubatan yang dihadapi.

Apa itu ‘darah emas’ Rh Null?

Keunikan darah Rh null atau digelar The Golden Blood terletak pada sifatnya yang langsung tidak mengandungi sebarang antigen dalam sistem Rh.

Secara saintifik, sel darah merah pemiliknya dianggap ‘neutral’, sekali gus menjadikan darah ini paling universal dan mampu dipindahkan kepada pesakit darah jarang tanpa risiko penolakan.

Public Health Malaysia menjelaskan, darah emas ini begitu tulen sehingga dianggap sebagai “kunci universal” dalam dunia perubatan.

Setakat ini, hanya sekitar 43 hingga 50 individu di seluruh dunia pernah direkodkan memiliki darah Rh null, dan daripada jumlah itu, hanya segelintir yang menjadi penderma aktif.

Namun di sebalik keistimewaan Rh Null, wujud ironi yang menyayat hati. Pemilik darah emas boleh menyelamatkan ramai pesakit lain, tetapi mereka sendiri hanya boleh menerima darah daripada kumpulan Rh null yang sama.

Jika berlaku kecemasan, pilihan rawatan menjadi sangat terhad.

Baca juga: Tak Sangka! Mak Asma & Ayah Resdung, Anak Boleh Kena Ekzema? Fahami Fenomena ‘Atopic March’

Risiko, kemalangan dan tanggungjawab seumur hidup

Rh Null

Gambar Infografik: Harian Metro

Pengalaman itu sendiri pernah dilalui wanita terbabit apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2024.

Walaupun berada dalam kesakitan, perkara pertama yang dimaklumkan kepada orang awam yang membantu ialah status darahnya yang sangat jarang ditemui, demi memastikan rawatan tepat dapat diberikan.

Dia turut berkongsi kebimbangan berkaitan masa depan, terutamanya apabila melibatkan perkahwinan dan kehamilan kelak yang memerlukan pemantauan perubatan lebih rapi. Justeru, penjagaan kesihatan yang teliti menjadi amalan berterusan.

Dalam masa sama, wanita itu berharap lebih ramai rakyat Malaysia tampil menderma darah kerana melalui pendermaan itulah dia sendiri mengetahui kumpulan darah sebenar. Menurutnya, pendermaan darah bukan sekadar rutin, tetapi berpotensi menyelamatkan nyawa tanpa kita sedari.

Untuk rekod, darah The Golden Blood pertama kali ditemui pada tahun 1961 melibatkan seorang wanita dari Australia.

Sehingga kini, sampel darah Rh null disimpan dengan ketat di pusat penyelidikan antarabangsa seperti Paris dan Bristol kerana nilainya yang sangat tinggi dalam kajian sains.

Baca juga: Kajian Dedah Lelaki Usia 35-45 Tahun Paling ‘Gatal’, Meriah Komen Tentang Guru Wanita Cantik Di Sekolah Anak!

Sumber: Harian Metro / Public Health Malaysia

FT Image: PHM /  Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×