Euforia Bola 2026
Famili

Tular Wanita SLE Tolong Jaga Makcik Katil Sebelah Dijemput Ilahi, Selang Sehari Makcik Itu Turut Pergi…

jaga makcik

Dalam keadaan diri sendiri sedang sakit, masih ada yang mampu menebarkan kasih sayang kepada orang lain. Begitulah kisah menyentuh hati seorang wanita dikenali sebagai Illi Hurin Izyan, yang tular kerana sikapnya sanggup jaga makcik pesakit di katil sebelah walaupun sedang dirawat di hospital.

Pada 20 Oktober lalu, pengguna TikTok @sadailee telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya di hospital akibat masalah kesihatan. Dalam keadaan tubuh lemah, beliau tetap membantu menguruskan pesakit lain dengan penuh keikhlasan.

Baca juga: Bapa Dedah Anak Pernah Diugut “Saya Nak Awak M*ti Esok” & Nafi Dakwaan Iman Zhafran Autisme!

SEMPAT JAGA MAKCIK KATIL SEBELAH, WANITA SLE MENINGGAL DUNIA

jaga makcik

“Melewati badaiku sendiri sedangkan mereka mengira aku baik-baik saja. Day 38 in the hospital, 21 more to go. Still on the drip, still holding on. This SLE flare came out of nowhere, fierce & unforgiving.

“I did everything right. Took every pill, followed every rule, never missed a check-up, lived clean, lived well. But maybe… this is just bad luck.

“Still, praying this chapter ends beautifully. Still, praying that better days are on their way. Semoga keajaiban datang menerpa. Moga Allah hadirkan jalan walau dari arah yang tak disangka,” tulis arwah di ruangan kapsyen video tular tersebut.

Coretan penuh makna itu dimuat naik bersama rakaman berdurasi 20 saat yang kini meraih lebih 1.9 juta tontonan di TikTok. Ramai yang tersentuh hati melihat keprihatinan serta kekuatan semangat yang dimiliki oleh wanita berjiwa besar itu.

Namun siapa sangka, di sebalik senyuman dan kata-kata tabahnya, Illi penghidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE), telah dijemput Ilahi pada 30 Oktober lalu.

Baca juga: Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Rayqal Naufal Usia 8 Tahun, Yang Hilang Sejak 1 November!

Dua insan yang berjiran di wad, kini sama-sama bertemu Ilahi

jaga makcik

Menurut perkongsian kenalan terdekat, Allahyarhamah Illi dikenal sebagai seorang yang baik hati dan disenangi ramai. Sepanjang berada di hospital, dia bukan sahaja menjaga dirinya tetapi juga memberi semangat kepada pesakit lain.

Lebih menyentuh perasaan, makcik yang pernah dijaganya di katil sebelah turut dilaporkan meninggal dunia pada 1 November, hanya beberapa hari selepas pemergian arwah Illi.

Ruang komen video tersebut dipenuhi doa dan ucapan takziah daripada warga maya yang tersentuh hati dengan kebaikan arwah.

“Nampak tak Allah izinkan video ini lalu FYP kita semua? Sebab Allah nak ramai orang doakan dia. Jadi bekalan doa untuk arwah dekat sana. Al fatihah kak. Semoga tenang di sana Insha Allah.

“Mulianya hatimu kak, sempat berbuat baik dekat orang lain walaupun diri sendiri menahan sakit. Allah hadirkan video akak dekat FYP kami untuk bagi kami tengok dan doakan akak. Al-fatihah, semoga akak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” antara komen yang ditinggalkan.

@sadailee

Melewati badaiku sendiri sedangkan mereka mengira aku baik-baik saja. Day 38 in the hospital, 21 more to go. Still on the drip, still holding on. This SLE flare came out of nowhere, fierce & unforgiving. I did everything right. Took every pill, followed every rule, never missed a check-up, lived clean, lived well. But maybe… this is just bad luck ᴖ̈ Still, praying this chapter ends beautifully. Still, praying that better days are on their way. Semoga keajaiban datang menerpa. Moga Allah hadirkan jalan walau dari arah yang tak disangka⋆.˚ ☾⭒.˚. #autoimmunedisease #sle #chronicillness

♬ original sound – sadailee.shop – sadailee.shop

Baca juga: [TERKINI] JAKIM Tegaskan ‘Muslim Choice’ Tak Diiktiraf Sebagai Penanda Halal!

Sumber: TikTok @sadailee

FT Image: TikTok @sadailee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×