Sebuah perkongsian menarik telah mencuri perhatian netizen apabila seorang wanita dari Malta meluahkan rasa kagumnya terhadap kereta Perodua Kelisa model kereta buatan Malaysia yang pernah popular pada awal 2000-an.
Baca juga: Lelaki OKU Ini Jual Durian Untuk Sara Hidup, Tunggu ‘Customer’ Sampai Pukul 4AM, Sebak!
WANITA MALTA TERUJA DENGAN KEHANDALAN KERETA PERODUA KELISA

Dalam satu hantaran di laman Facebook, wanita tersebut berkongsi bahawa dia baru sahaja membeli sebuah Perodua Kelisa terpakai keluaran tahun 2005 dan telah memilikinya selama seminggu.
Menariknya, dia mengakui tidak pernah mendengar tentang kereta itu sebelum ini, namun selepas mencubanya, terus jatuh hati.
Apa yang lebih mengejutkan, wanita itu turut berkongsi bahawa dia pernah melihat satu lagi Kelisa dengan bacaan hampir sejuta batu (995,000 batu) dan masih boleh bergerak dan itu merupakan satu bukti ketahanan.
Kereta miliknya kini sudah mencatatkan perjalanan sejauh 83,500 batu dan meskipun terdapat sedikit kemek di bahagian hadapan, dia tetap berpuas hati dengan kenderaan itu kerana ia mudah digunakan dan praktikal.
“Saya dari Malta dan beli Perodua Kelisa terpakai dari tahun 2005. Saya telah memilikinya selama seminggu. Saya tidak pernah mendengar tentangnya tetapi saya sangat sukakan kereta ini.
“Ia sudah berjalan sejauh 83 500. Saya pernah melihat satu lagi dengan 995,000 batu pada jam dan ia masih berjalan. Kereta saya mempunyai kemek di bahagian hadapan yang akan saya baiki tetapi selain itu ia mudah untuk digunakan,” tulis wanita itu di laman Facebook.
Perkongsian wanita ini secara tidak langsung mengangkat nama Perodua di persada antarabangsa dan menjadi bukti bahawa kualiti buatan Malaysia mampu menawan hati pengguna luar negara.
Baca juga: Wanita Ini Tak Pernah Buang Kulit Bawang Putih, Banyak Manfaat Rupanya Bila Bakar Masa Senja!
Sumber: Facebook Claudine Alcock
