Euforia Bola 2026
Famili

Wanita Kongsi Cara Sopan Makan Aiskrim Kon Di Majlis, Ada Etika Kena Ikut & Lipstick Pun Tak Comot

makan aiskrim

Makan aiskrim kon memang nampak mudah, tetapi apabila dihidangkan di majlis rasmi seperti kenduri kahwin atau acara korporat, ada yang memilih cara lebih kemas untuk menikmatinya.

Baru-baru ini, perkongsian di Threads mengenai etiket makan kon aiskrim telah mencuri perhatian ramai. Ada yang bersetuju dengan tip tersebut, namun tidak kurang juga yang menganggap ia sekadar pilihan dan bukannya satu kewajipan.

Baca juga: 16 Bekas Anggota ATM Mula Bertugas Sebagai Warden Di 8 MRSM Mulai 1 Julai 2026

WANITA KONGSI CARA MAKAN AISKRIM DENGAN SOPAN DI MAJLIS

makan aiskrim

Foto: Threads @wawaidrisofficial

Menurutnya, sekiranya kon aiskrim dihidangkan di majlis, orang ramai boleh menggunakan sudu kecil untuk mencedok aiskrim sebelum menyuapnya ke mulut.

Menurutnya, cara itu bukan bertujuan melarang seseorang makan seperti biasa, sebaliknya merupakan salah satu etiket kecil yang boleh membuatkan penampilan kelihatan lebih kemas ketika berada di khalayak ramai.

Tak salah pun makan macam biasa. Tapi kalau nak nampak lebih kemas dan elegan, ambil sudu kecil. Cedok aiskrim tu dan makan perlahan-lahan.

Kurangkan Makan Aiskrim Meleleh & Lipstick Tidak Comot

makan aiskrim

Foto: Threads @wawaidrisofficial

Dia turut menjelaskan bahawa penggunaan sudu kecil dapat mengurangkan risiko aiskrim cepat meleleh sehingga menitis pada pakaian.

Bagi wanita yang memakai gincu pula, cara tersebut membantu solekan bibir kekal lebih rapi tanpa perlu menjilat aiskrim di hadapan orang ramai.

Kurang risiko meleleh, lipstick pun lebih terjaga, dan kita tak perlu jilat aiskrim depan ramai orang.

Ini bukan wajib, cuma salah satu etiket kecil yang boleh buat penampilan nampak lebih polished.

Ramai Setuju, Ada Juga Yang Anggap Leceh

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang mengakui mereka memang sudah lama menggunakan cara sama kerana lebih sopan dan mengelakkan aiskrim mencair dengan cepat.

Malah, ada juga yang berharap pemilik video tersebut berkongsi lebih banyak tip etiket ketika menghadiri majlis rasmi kerana dianggap bermanfaat, terutama bagi mereka yang kerap menghadiri majlis korporat atau urusan kerja.

Namun, tidak semua bersetuju. Sesetengah netizen berpendapat makan kon aiskrim menggunakan sudu agak leceh dan mengambil masa lebih lama berbanding menikmati aiskrim secara biasa.

Ada juga yang mencadangkan alternatif lebih mudah, iaitu meminta vendor meletakkan aiskrim ke dalam cawan kertas atau cawan minuman sebelum menikmatinya.

Hakikatnya, tiada peraturan yang mewajibkan seseorang makan kon aiskrim menggunakan sudu kecil. Jika berada dalam suasana santai, menikmati aiskrim terus daripada kon bukanlah sesuatu yang salah.

Namun bagi majlis yang lebih formal, menggunakan sudu boleh menjadi pilihan sekiranya seseorang ingin tampil lebih kemas dan menjaga penampilan.

Apa pun, etiket seperti ini hanyalah panduan dan bergantung kepada keselesaan serta situasi masing-masing. Yang penting, nikmati makanan dengan sopan tanpa mengganggu keselesaan orang lain.

Baca juga: Selalu ‘Skip’ Sarapan Sebab Sibuk? Ini Kesan Yang Ramai Tak Sedar Berlaku Pada Badan

Sumber: Threads @wawaidrisofficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×