Euforia Bola 2026
Famili

Sepatutnya Terbang Ke Jerman, Mayat Wanita Ditemui Dalam Beg Dipercayai Ada Kaitan Kes Individu Hilang

wanita hilang

Terkini, polis mengesahkan mayat yang ditemui di kawasan rumah kosong di Kampung Batu 4, Pedas, pada Khamis disyaki berkait laporan wanita hilang di Ampang, Selangor. Di mana, mayat wanita itu ditemukan di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang rumah.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan siasatan bermula selepas pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan seorang wanita di Balai Polis Ampang pada 15 Disember.

Baca juga: Bayi 2 Bulan Cirit-Birit Meninggal Dunia, Selepas Diberi Minum Minyak Herba Oleh Bidan Kampung!

PENEMUAN MAYAT DALAM BEG DISYAKI BERKAIT WANITA HILANG

wanita hilang

Gambar tangkap layar laporan video Harian Metro.

Maklumat lanjut kemudian diperoleh melalui satu lagi laporan di Balai Polis Pedas, Rembau, yang membawa kepada pemeriksaan di sebuah rumah kosong di Jalan Pedas-Linggi.

Hasil pemeriksaan di kawasan belakang rumah berkenaan membawa kepada penemuan unsur perlakuan jenayah. Pemeriksaan menyeluruh menemui sebuah beg yang ditanam mengandungi mayat wanita dan siasatan kini dijalankan oleh Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Rembau.

“Prosedur bedah siasat akan dijalankan esok (hari ini). Pihak polis kini sedang giat menjalankan siasatan dan mengesan individu yang disyaki terbabit dalam kes ini.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di talian 06-6852222,” katanya.

Baca juga: Bila Ambisi & Kuasa Bertemu, ‘Santau Perempuan Terlarang’ Jadi Kenyataan Hanya Di Tonton!

wanita hilang

Tangkap layar hantaran Facebook penyanyi Mac Ruhayu.

Sebelum perkembangan ini, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid memaklumkan bahawa seorang wanita, Suri Narudin, 53, dilapor hilang sejak 8 Disember lalu selepas laporan dibuat oleh ibu saudaranya.

Kes itu mendapat perhatian awam apabila penyanyi Mac Ruhayu turut memuat naik hantaran di Facebook pada 15 Disember bagi merayu bantuan orang ramai mengesan rakannya.

Dalam hantaran tersebut, Mac Ruhayu memaklumkan Suri atau lebih dikenali sebagai Maksu Kachak sepatutnya berlepas ke Jerman, namun tidak pernah tiba dan rekod menunjukkan mangsa tidak keluar dari Malaysia.

Baca juga: [VIDEO] Kreatif! Satu Sekolah Main Kahwin-Kahwin, Simulasi Perkahwinan Dipuji Ramai

Sumber: Harian Metro / Facebook Mac Ruhayu

FT Image: Ahmad Hasbi (Harian Metro)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×