Euforia Bola 2026
Nur

Haid Berhenti Tengah Hari Ramadan, Boleh Terus Makan Atau Wajib Tahan Sampai Maghrib?

wanita haid

Persoalan mengenai wanita haid sering timbul terutama apabila haid berakhir di siang hari bulan Ramadan.

Baru-baru ini, Ustaz Azhar Idrus berkongsi penjelasan berkenaan hukum bagi wanita haid yang menjadi suci pada siang hari Ramadan.

Baca juga: Wanita Kongsi 45 Doa Rumi Untuk Dibaca Pada 10 Malam Terakhir Ramadan, Mari Rebut Lailatulqadar!

SITUASI WANITA HAID MENJADI SUCI DI SIANG HARI RAMADAN

wanita haid

Gambar hiasan: Gemini AI

Berikut soalan yang dikemukakan,

“Kalau perempuan yang haidh menjadi suci pada siang hari Ramadan, adakah dia wajib menahan diri dari makan dan minum sampai Maghrib?”

Baca juga: Hukum Jimak Suami Isteri Di 10 Malam Terakhir Ramadan & Ini Adabnya Kalau Masih Nak ‘Buat’

Jawapan menurut jumhur ulamak, jika seorang wanita haid menjadi suci pada siang hari Ramadan, tidak wajib atasnya menahan diri dari makan dan minum pada baki hari tersebut.

Ia dibolehkan baginya untuk makan dan minum. Walaupun ada sebahagian ulamak yang menasihatkan sunat untuk menahan diri, ini bukan kewajipan.

Berdasarkan penjelasan Mufti Mesir, Dr Syauqi Ibrahim ‘Allam,

Ertinya: “Dan telah berjalan oleh ulamak mazhab Maliki dan Syafie pada pendapat yang lebih sahih dan Hanbali pada satu riwayat kepada bahawasanya tidak wajib atas perempuan itu menahan diri dari makan dan minum kerana sungguhnya siapa yang telah dibolehkan baginya berbuka pada awal siangnya seperti musafir atau telah ditaklifkan dengannya seperti perempuan yang haidh dan nifas tidak wajib atasnya menahan diri dari makan dan minum pada baki siang hari itu.” (Majlis Fatwa Negeri Mesir)

Imam Nawawi turut menjelaskan:

Ertinya: “Apabila perempuan itu suci pada pertengahan siang Ramadhan disunatkan baginya imsak akan baki hari itu dan tidak wajib atasnya imsak kerana barang yang telah menyebutnya oleh Imam As-Syairazi. Inilah pendapat yang mazhab dan dengannya telah memutuskan oleh jumhur ulamak.” (Kitab Al-Majmu’)

Kesimpulan

wanita haid

Gambar hiasan: Gemini AI

Seorang wanita haid yang menjadi suci pada siang hari Ramadan tidak wajib berpuasa bagi baki hari tersebut. Dia harus makan dan minum jika mahu, meskipun sunat menahan diri bagi mereka yang ingin mengamalkan keutamaan sunat.

Penjelasan ini memberi kemudahan bagi wanita yang menghadapi situasi ini, agar mereka tidak merasa ragu dalam menjalani ibadah puasa dan masih boleh mengekalkan keutamaan sunat jika mahu.

Baca juga: Ramai ‘First Time’ Dengar Puasa Nabi Daud, Rupanya Sunat Dibuat Setiap Selang Sehari & Disukai Allah

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×