Euforia Bola 2026
Sihat

Patutlah Haid ‘Sangkut’ & Tak Berjaya TTC, Antara 9 Malam Hingga 1 Pagi Ini Waktu Ideal Patut Tidur!

waktu tidur

“Kalau mula waktu tidur pukul 9 malam versus pukul 1 pagi, kesannya dekat badan tak sama langsung,” ujar Dr. Raihana Ismail, pakar dalam kesihatan wanita, melalui satu video edukasi ringkas di Instagram beliau baru-baru ini.

Perkongsian tersebut memberi pencerahan kepada ramai wanita mengenai waktu tidur terbaik untuk hormon wanita, khususnya bagi mereka yang sedang berusaha untuk stabilkan emosi, betulkan kitaran haid atau cuba untuk hamil (TTC).

Baca juga: Mesej Suara Dato’ Sri Siti Nurhaliza Cipta Keajaiban, Lelaki Ini Tunjuk Respon Selepas 5 Hari Koma Di Australia

WAKTU TIDUR IKUT JAM BERI KESAN BERBEZA

waktu tidur

Gambar hiasan: Freepik

Berikut penjelasan Dr. Raihana, tidur pada jam yang disenaraikan dan bagaimana setiap waktu memberi kesan langsung kepada kesihatan dalaman wanita:

1. Jam 9 malam

Tidur seawal ini memberikan tubuh ruang maksimum untuk repair secara semula jadi. Ia adalah “zon emas” yang jarang dicapai dalam gaya hidup moden hari ini.

“Waktu hormon emas. Melatonin, hormon tidur dilepaskan sepenuhnya, tidur lebih lena. Fasa detox hati bermula dalam keadaan tubuh rehat sepenuhnya.

“Hormon kesuburan, progesteron lebih stabil. Badan rasa ringan, kulit nampak glowing esoknya.”

2. Jam 10 malam

Mereka yang tidur pada waktu ini masih mendapat banyak manfaat pemulihan hormon dan mental, sesuai untuk rutin kerja waktu pejabat.

“Tidur ideal. Masih sempat capai deep sleep dan fasa pemulihan penuh. Kortisol kekal rendah, elak bangun penat sesuai untuk yang kerja siang dan bangun subuh.

“Badan bertenaga, emosi stabil, hormon steady.”

3. Jam 11 malam 

Tidur pada jam ini masih ‘boleh diterima’, namun hormon dan sistem tubuh sudah mula mengalami gangguan pemulihan yang penting.

“Masih okey tapi mula kacau sistem. Tidur lewat dari 10 malam, melatonin delay.

“Badan struggle nak masuk fasa deep sleep. Rasa tidur cukup jam tapi bangun tetap letih. Risiko jerawat, badan susah turun, period tak konsisten mula muncul.”

Baca juga: Elak Sapu Bedak Talkum Di Kemaluan Bayi, Nampak Tak Bahaya Tapi Risiko Tumbuh Sel Kanser Ovari!

4. Jam 12 malam

Tidur lewat melepasi tengah malam menunjukkan tubuh sudah berada dalam mod bertahan, bukan lagi mod pemulihan.

“Badan dah mula mode survival. Detoks hati terganggu, sistem hormon dan otak dah miss timing.

“Bangun pagi rasa moody, kulit tak bermaya, hormon tak stabil, kesuburan wanita mula terjejas.”

5. Jam 1 pagi

Tidur pada waktu ini dikaitkan dengan pelbagai kesan jangka panjang terhadap hormon wanita, dari jerawat hingga gangguan kesuburan.

“Rest rosak, hormon menangis. Deep sleep sangat singkat, otak dan rahim tak sempat repair.

“Kortisol naik terlalu awal jadi emosi swing, period delay, jerawat, hormon jangka panjang, risiko PCOS, berat degil, TTC makin susah.”

Kesimpulan

“Tidur awal adalah hadiah paling mudah untuk stabilkan hormon, naikkan kesuburan dan cantikkan kulit. Paling win kalau mula tidur antara 9 ke 10 malam.

“Nak TTC, nak kurus, nak kulit glowing, semuanya bermula dengan masa tidur,” ujar Dr. Raihana di akhir video perkongsian beliau.

Baca juga: Ramai Ingat Mouthwash Selamat, Tapi Kajian Dedah Bagi Kesan Buruk Pada Otak & Jantung!

Sumber: Instagram @drraihanaismail

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×