“Doktor, saya puasa… bila waktu paling sesuai nak makan vitamin?”
Soalan ini memang kerap ditanya setiap kali bulan Ramadan tiba. Ramai yang makan vitamin atau suplemen sekadar ikut kebiasaan, tanpa tahu bahawa masa pengambilan sebenarnya sangat mempengaruhi penyerapan vitamin dalam badan.
Silap waktu makan vitamin bukan sahaja akan kurang berkesan malah boleh membuat perut anda pedih atau rasa tidak selesa terutama sekali ketika berpuasa.
Baca juga: Budak 6 Tahun Alami Batuk Berpanjangan, Muntah Keluar Cacing Yang Merayap Dari Usus Hingga Tekak!
WAKTU TERBAIK MAKAN VITAMIN & SUPLEMEN KETIKA BULAN RAMADAN

Freepik
Jadi, ini panduan mudah untuk susun jadual suplemen sepanjang bulan puasa.
1. Waktu sahur – untuk tenaga berpanjangan
Sahur adalah masa terbaik untuk ambil vitamin yang membantu tenaga sepanjang hari.
Sesuai diambil ketika sahur:
- Vitamin A, D, E, K
- (Vitamin larut lemak – perlu diambil bersama makanan yang ada lemak seperti telur, susu atau kekacang)
- Vitamin B Kompleks
- Membantu tingkatkan tenaga dan kurangkan rasa lesu ketika berpuasa
Waktu sahur penting badan perlukan tenaga berpanjangan, bukan sekadar ‘boost’ sementara.
2. Waktu berbuka – fokus pemulihan badan
Selepas hampir 13–14 jam berpuasa, badan perlukan pemulihan semula nutrien.
Sesuai diambil ketika berbuka:
- Vitamin C – Ambil selepas makan ringan atau makanan utama untuk elakkan pedih perut
- Minyak ikan (Omega-3) – Baik untuk kesihatan jantung dan keradangan, sesuai diambil bersama makanan
3. Untuk zat besi
Ambil 1–2 jam selepas berbuka dan elakkan minum bersama teh atau kopi kerana minuman ini boleh mengganggu penyerapan zat besi.

Freepik
3. Sebelum tidur – untuk relaks & tidur lebih lena
Ada yang sukar tidur ketika Ramadan kerana jadual berubah. Jika anda alami masalah ini, magnesium boleh diambil sebelum tidur kerana ia membantu merehatkan otot, menenangkan sistem saraf dan membantu tidur lebih berkualiti
Perlu diingatkan bahawa keperluan setiap individu berbeza. Jika anda mengalami ada gastrik atau masalah kronik, mengambil ubat tertentu dan hamil atau menyusukan anak.
Waktu ambil suplemen ketika puasa bukan sekadar ikut lapang atau tidak. Pilih masa yang betul supaya:
- Vitamin diserap dengan baik
- Badan kekal bertenaga
- Elak masalah perut
- Puasa lebih selesa
Kalau anda ada persoalan tentang jenis vitamin tertentu atau dos yang sesuai, jangan malu untuk bertanya kepada profesional kesihatan.
Baca juga: Ramai Belum Tahu Kalau Anda Berada Di Bangunan Level 80 Ke Atas, Kena Buka Puasa Lewat Sikit!
Sumber: Doktersaraf_qimi
