Penampilan anak Farid Kamil dan Diana Danielle, iaitu Muhammad atau lebih mesra disapa Che Mad, kembali mencuri perhatian ramai di media sosial.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di TikTok, Che Mad dilihat aktif menyertai pelbagai aktiviti sukan termasuk bola sepak dan bola tampar bersama rakan-rakannya.
ANAK FARID KAMIL & DIANA DANIELLE JADI PERHATIAN

Dalam salah satu video yang dikongsikan, Che Mad kelihatan lincah beraksi di padang bola sambil ditemani bapanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada anak sulungnya itu.
Malah, satu lagi hantaran turut memperlihatkan Che Mad bermain bola tampar sehingga ramai warganet kagum melihat kebolehannya yang dilihat aktif dalam pelbagai jenis sukan.
Rata-rata netizen menyifatkan remaja itu bukan sahaja berbakat dalam bidang sukan, malah semakin menyerlah dari segi penampilan apabila meningkat dewasa.
Apa yang paling mencuri perhatian sudah tentu wajah Che Mad yang dikatakan mewarisi rupa paras bapanya ketika muda. Ada juga yang berseloroh mengatakan Che Mad semakin kacak dan bakal menjadi rebutan ramai apabila dewasa nanti.

“Wah, handsome-nya Che Mad. Jadi menantu aunty nak?. Muka memang copy paste Farid Kamil muda,” komen pengguna media sosial.
Selain dipuji kerana rupa paras, ramai juga tertarik melihat hubungan rapat antara Farid Kamil dan anaknya yang dilihat sentiasa memberi sokongan terhadap minat serta aktiviti sukan Che Mad.
Perkongsian tersebut sekali lagi membuktikan anak-anak selebriti sering menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila mewarisi wajah serta bakat ibu bapa mereka.
Baca juga: Ramai Stres Ayam Masih Berdarah Lepas Goreng, Rupanya Ini Teknik Viral & Mudah Warganet Kongsi!
Sumber: TikTok Chemad
