Euforia Bola 2026
Asuh

[VIDEO] Tanda-Tanda Amaran Bayi Perlukan Rawatan Segera Bila Bernafas Laju!

bernafas laju

Jangan ambil mudah bila anak-anak anda bernafas laju di mana kadar pernafasan mereka melebihi kadar pernafasan normal. Perhatikan bahagian tepi dada dan tulung rusuk anak, adakah ototnya timbul tenggelam seperti dalam video di bawah.

Adakah nafas anak bergerak laju seperti menggunakan banyak tenaga yang sepatutnya pernafasan secara normal adalah sangat lembut dan relaks sebagaimana penerangan yang dikongsikan di laman rasmi Facebook Klinik Kesihatan Meru, Klang.

Baca juga: Bayi Usia 42 Hari Pucat & Kekuningan Selepas Ibu Rawat Radang Kulit Guna Inai

BAYI BERNAFAS LAJU TANDA AWAL PERLU RAWATAN SEGERA!

bernafas laju

“Anak saya nafas laju ke ini? Nak pergi kecemasan di hospital atau klinik kesihatan dulu?”

Baru baru ini, kami terima seorang ibu yang membawa anaknya yang berumur 1 tahun lebih dalam keadaan lembik, hampir-hampir tak sedarkan diri pada pukul 10 pagi. Padahal anak itu dah semput sejak pukul 4 pagi lagi.

Dalam masa nak revive adik itu, terpikir lah dalam hati,

“Kenapa ibu ini menunggu juga untuk klinik kesihatan buka, baru dapat bantuan kecemasan kat sini? Sepatutnya dah terus pergi ke hospital pukul 4 pagi itu.”

Case itu clear cut sikit. Confirm terus ke hospital. Akan tetapi kadang-kadang, ada keadaan yang ibu bapa tak berapa pasti.

Baca juga: Tragedi Bayi Lemas Di Bawah Lengan Ayah, Ini 6 Tips ‘Simple’ Tapi Selamatkan Nyawa Anak Anda

TANDA-TANDA AMARAN, ANAK PERLU RAWATAN SEGERA!

bernafas laju

Gambar hiasan: freepic.diller

Harap-harap post ini dapat terangkan sedikit macam mana nak kenal pasti tanda-tanda amaran. Jika anak anda mempunyai tanda-tanda sesak nafas ini, anda boleh terus ke kecemasan untuk mendapatkan rawatan SEGERA.

Macam mana nak tahu nafas anak laju ke tak?

1. Kadar pernafasan melebihi normal

Apa yang normal? Kadar normal ikut umur pesakit itu.

Kadar normal:

  • < 2 bulan : <60/minit
  • 2 bulan hingga 1 tahun: <50/minit
  • 1 tahun hingga 5tahun: <40/minit

2. Recessions

Bila anak bernafas, tengok bahagian tepi dada dan perhatikan tulung rusuk.

Jika nampak ototnya timbul tenggelam macam video di bawah, itu petanda amaran respiratory distress.

3. Nasal flaring

Tanda ini boleh dilihat kebanyakannya pada bayi yang sesak nafas. Pernafasan biasa adalah sangat lembut, relaks dan tidak nampak macam menggunakan banyak tenaga.

Jika anak anda mempunyai salah satu pun tanda seperti di atas, kemungkinan menghidapi kesesakkan nafas dan perlu diperiksa oleh doktor secara segera.

Jika anak menghidapi asma iaitu tanda-tanda seperti di atas bermakna anak perlu guna inhaler (ventolin) segera. Sekiranya tidak lega selepas 3 kali guna, anda boleh ke klinik kesihatan berdekatan dahulu untuk mengambil nebulizer.

Akan tetapi, kalau luar ‘office hours’, anda boleh ke kecemasan terus.

Baca juga: 3 Perkataan Simple Tapi Power Didik Anak Jadi Manusia Berguna, Kena Mula Dari Sekarang!

Senarai penyakit boleh menyebabkan ‘respiratory distress’ kanak-kanak

Penyakit yang boleh menyebabkan ‘respiratory distress’ pada kanak-kanak:

  • Pneumonia
  • Bronchiolitis
  • Asthma
  • Croup

Share the knowledge, be safe parents.

VIDEO PENUH:

Baca juga: Anak Lelaki ‘Diratukan’ Potensi Alami Masalah Psikologi, Dewasa Nanti Beban Pada Orang Lain!

Sumber: Facebook Klinik Kesihatan Meru Klang

FT Image: dr.nozebest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×