Euforia Bola 2026
Famili

Bapa Hancur Hati Tonton Video Kemalangan, Tak Sangka Rupanya Anak Sendiri Dalam Kereta Terbakar

VIDEO KEMALANGAN

Seorang warga emas tidak menyangka rakaman video kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah kereta terbakar di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan, yang tular di media sosial pada Sabtu lalu, rupa-rupanya melibatkan anak kandungnya sendiri.

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu, dua individu dilaporkan maut dalam keadaan rentung selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu merempuh timbunan tanah sebelum terbakar.

Baca juga: PU Amin Tampil Jelaskan Isu Wanita Berjuang Tanpa Mahram – “Ada Budak Nak Peluk Ibu…”

AYAH TAK SANGKA TONTON VIDEO KEMALANGAN ANAK SENDIRI

VIDEO KEMALANGAN

Ahmad Lin @ Mustafa, 74, berkata, dia hanya mengetahui bahawa salah seorang mangsa adalah anak lelakinya, Mohd Fitri, 35, apabila dimaklumkan oleh beberapa rakan arwah yang datang ke rumah mereka di Kampung Teluk Amboi, Kuala Muda, Kedah sekitar jam 5 petang hari kejadian.

“Saya tak sangka langsung anak saya terlibat dalam kemalangan itu kerana dia tak beritahu pun kepada keluarga bahawa dia hendak ke Perak bersama kawannya.

“Saya hanya diberitahu mengenai kejadian itu selepas rakan-rakannya datang ke rumah dan memaklumkan hal sebenar. Kemudian saya terus ke Hospital Kepala Batas (HKB),” jelasnya.

Ahmad berkata, meskipun berat untuk menerima kenyataan, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi terhadap pemergian anak kelapan daripada sepuluh beradik itu.

Kehilangan ini sangat memeritkan, lebih-lebih lagi dia pernah kehilangan seorang anak perempuan yang meninggal dunia dalam kebakaran kelambu sekitar tahun 70-an.

Menurutnya, pihak keluarga masih menunggu proses ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijadualkan dijalankan keesokan hari menggunakan sampel daripada anak perempuannya, iaitu kakak kepada arwah, bagi tujuan pengecaman jenazah. Proses tersebut dijangka mengambil masa antara tiga minggu hingga sebulan memandangkan keadaan jenazah hanya tinggal rangka.

Sementara itu, adik arwah, Mohd Arif, 31, berkata abangnya dikenali sebagai seorang yang rajin, disenangi ramai dan tidak tahu memandu.

“Abang seorang yang ringkas, suka kemas rumah dan tak suka persekitaran bersepah. Kali terakhir saya berjumpa dengannya ialah sehari sebelum kejadian kerana kami tinggal serumah,” katanya.

Terdahulu, pihak polis memaklumkan bahawa identiti kedua-dua mangsa dalam insiden kemalangan yang berlaku di Jalan Permatang Baru masih belum dikenal pasti.

Baca juga: Tular Murid Dilanggar Ketika Melintas Depan Sekolah, Polis Minta Bantuan Cari Penunggang Motosikal

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×