Euforia Bola 2026
Sihat

Varian Baharu Covid-19 XFG Kini Dikesan Di Malaysia, Kes Masih Terkawal – KKM

varian baharu covid 19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa satu varian baharu Covid 19 dikenali sebagai XFG telah dikesan dalam kes yang direkodkan di negara ini setakat Minggu Epidemiologi ke-35 tahun 2025.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, varian tersebut menyumbang sebanyak 8.2 peratus daripada keseluruhan 43,087 sampel yang telah dianalisis menerusi kaedah penjujukan genom.

Baca juga: Hilangkan Hidung Tersumbat & Batuk Dengan Bawang Merah Dalam Stoking, Ini Cara Nak Buat!

VARIAN BAHARU COVID 19 DIKENALI XFG DIKESAN DI MALAYSIA

VARIAN BAHARU COVID 19

Freepik (Sekadar gambar hiasan)

“Walaupun peratusan penemuan varian XFG masih rendah, KKM terus menjalankan pemantauan ketat untuk menilai tahap ancaman varian ini terhadap masyarakat serta memastikan usaha vaksinasi dan pencegahan diteruskan,” jelasnya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), XFG merupakan hasil gabungan dua subvarian Omicron sedia ada iaitu LF.7 dan LP.8.1.2. Varian ini mula dikenal pasti di Kanada pada Januari lalu dan setakat ini telah dilaporkan berada di sekurang-kurangnya 38 buah negara.

WHO juga mengklasifikasikan XFG sebagai varian dalam pemantauan bermula 25 Jun lalu susulan peningkatan penularannya di beberapa wilayah termasuk Asia Tenggara, benua Amerika dan Eropah.

Namun begitu, setakat ini tiada bukti menunjukkan varian XFG menyebabkan gejala lebih teruk berbanding varian Omicron yang lain.

Dalam perkembangan sama, Dr Dzulkefly turut memaklumkan bahawa varian NB.1.8.1 kekal sebagai varian dominan di negara ini dengan 39.4 peratus pengesanan, diikuti oleh JN.1 (18.1 peratus) dan XEC (13.3 peratus), manakala varian-varian lain membentuk 21 peratus.

VARIAN BAHARU COVID 19

Secara keseluruhan, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia sehingga minggu ke-35 adalah sebanyak 43,087 kes, menurun hampir 50 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

“Hanya satu kematian dilaporkan pada minggu tersebut melibatkan seorang warga emas berusia 91 tahun,” katanya.

Orang ramai terus digesa agar berwaspada dengan mengamalkan langkah pencegahan asas seperti mencuci tangan, memakai pelitup muka ketika bergejala atau di tempat sesak, serta mendapatkan vaksinasi terutamanya bagi mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi.

Baca juga: Demam Campak Boleh Serang Orang Dewasa, Komplikasi Lebih Serius Berbanding Kanak-Kanak!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×