Apabila memasuki usia 40 tahun ke atas, tubuh badan tidak lagi sekuat dulu. Metabolisme semakin perlahan, risiko penyakit kronik pula meningkat. Disebabkan itulah, pakar kesihatan sering menasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan pemakanan.
Perkongsian daripada Azam Ramli di Facebook baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila dia menyarankan agar orang ramai mula mengurangkan pengambilan “4 putih” iaitu nasi putih, gula putih, susu putih dan tepung putih.
DAH MASUK USIA 40 KURANGKAN 4 ”PUTIH” INI BILA MAKAN

Gambar Azam Ramli
Mari lihat penjelasan penuh tentang kenapa 4 makanan ini wajar dikurangkan selepas usia 40.
1. Nasi putih
Kenapa mesti dikurangkan?
- Nasi putih menyebabkan gula dar4h cepat naik
- Menyebabkan perut jadi buncit, cepat cerna dan cepat lapar lagi
Penyelesaian disyorkan:
- Makan nasi putih sikit saja, banyakkan lauk atau makan lauk saja
Jangan mudah percaya dengan mitos seperti “nasi gaul minyak kurangkan gula”, “nasi sejuk kurang gula” atau pil pengurang penyerapan nasi. Semua itu tidak membantu, tetap sama seperti nasi putih biasa.
2. Gula putih
Kenapa perlu dikurangkan?
- Punca utama kenaikan gula darah, diabetes, obesiti dan penuaan pramatang.
- Meningkatkan risiko penyakit serius: darah tinggi, kolesterol tinggi, sakit jantung, kegagalan buah pinggang, gout, Alzheimer’s, imuniti rendah hingga kanser.
Penyelesaian disyorkan:
- Gunakan pemanis alternatif seperti stevia atau gula sintetik yang lebih selamat.
- Jangan tertipu dengan “gula semula jadi” seperti gula merah, gula kabung, gula Melaka atau madu. Semua itu tetap gula, sama kesannya pada badan.
3. Susu putih
Kenapa perlu dikurangkan?
- Susu segar atau tepung mengandungi laktosa tinggi, yang tidak diperlukan oleh orang dewasa dan boleh menyebabkan kegemukan.
- Susu pekat manis pula mengandungi laktosa + gula putih yang sangat banyak.
- Krimer pekat manis (biasa digunakan untuk teh tarik) dibuat daripada minyak sawit terhidrogenasi (lemak trans penyebab sakit jantung) + 80% gula.
Penyelesaian disyorkan:
- Tukar kepada susu almond atau santan kelapa asli tanpa gula tambahan.
4. Tepung putih
Contoh makanan berasaskan tepung putih: roti putih, roti canai, apam balik, kuih muih, mi segera, biskut, kek, goreng pisang.
Kenapa perlu dikurangkan?
- Cepat bertukar menjadi gula dalam darah.
- Menyebabkan gemuk, cepat letih serta radang dalam badan (punca penyakit kronik).
Penyelesaian disyorkan:
- Guna tepung alternatif seperti tepung kelapa atau tepung badam.
Kesimpulan
Menjaga pemakanan selepas usia 40 adalah langkah penting untuk kekal sihat, bertenaga dan mengelakkan penyakit kronik. Dengan mengurangkan pengambilan 4 makanan putih ini, anda sebenarnya sedang melabur untuk kesihatan jangka panjang.
Ingat, kesihatan itu nikmat. Jika mahu kekal cergas hingga usia emas, mulakan perubahan kecil dalam pemakanan harian mulai sekarang.
Sumber: Azam Ramli
FT Image: AI
