Euforia Bola 2026
Famili

20 Contoh Ucapan Sempena Hari Ibu Versi Islamik, Jangan Lupa Luahkan Kasih Sayang Anda

UCAPAN HARI IBU

Hari ini penulis ingin kongsikan contoh ucapan Hari Ibu versi islamik untuk disampaikan kepada bonda tersayang yang sudah banyak berkorban untuk anda.

Berbuat baik kepada ibu bapa sangat dianjurkan dalam Islam kerana ia merupakan salah satu bentuk ketaatan kepada Allah SWT.

Baca juga: Idea Menu Jamuan Raya Sekolah Anak, Jangan Bawa Makanan Ini Kalau Tak Nak Kena Buang!

20 CONTOH UCAPAN HARI IBU VERSI ISLAMIK

UCAPAN HARI IBU

Freepik

Berikut 20 contoh ucapan Hari Ibu versi islamik.

1. Selamat Hari Ibu. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati, memberkati dan menempatkanmu di antara para wanita solehah di syurga.

2. Ibu, doamu adalah kekuatan dalam setiap langkahku. Semoga Allah membalas segala pengorbananmu dengan syurga yang tertinggi.

3. Hari ini ku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepadamu ibu. Semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan kesihatan buatmu.

4. Selamat Hari Ibu. Tiada kasih yang setulus kasih seorang ibu. Semoga Allah mengampuni dosamu dan memeliharamu dunia akhirat.

5. Ibu, engkaulah bidadari tanpa sayap yang Allah pinjamkan kepadaku Terima kasih atas segalanya.

6. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Semoga saya sentiasa menjadi anak yang tidak lalai dan terus berbakti kepadamu.

7. Ibu, setiap peluh dan lelahmu tidak sia-sia. Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran syurga yang kekal.

8. Tiada kata yang mampu menandingi cinta dan pengorbananmu. Selamat Hari Ibu, moga Allah sentiasa memuliakanmu.

9. Doaku buatmu ibu, semoga dikurniakan kesihatan, ketenangan hati dan redha Allah hingga ke akhir hayat.

10. Selamat Hari Ibu. Terima kasih kerana mendidikku menjadi insan beriman. Semoga Allah memeliharamu sentiasa.

11. Ibu, semoga engkau dikurniakan pahala seperti pahala jihad atas segala susah payahmu membesarkan kami.

12. Ya Allah, sayangilah ibuku sebagaimana dia menyayangiku sewaktu kecil. Selamat Hari Ibu.

13. Ibu, engkaulah cahaya hidupku yang membimbingku ke jalan Allah. Terima kasih dan semoga Allah memuliakanmu.

14. Ibu adalah nikmat terindah dari Allah. Lindungilah beliau ya Allah, dan kumpulkan kami bersamanya di jannah-Mu.

15. Selamat Hari Ibu. Tiada hadiah sehebat doa tulus kepada Allah agar ibuku bahagia di dunia dan akhirat.

16. Ibu, terima kasih kerana menjadi madrasah pertamaku. Semoga Allah menempatkanmu bersama wanita-wanita yang dimuliakan.

17. Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbananmu, ibu. Saya doakan syurga untukmu setiap hari.

18. Ibu, jasamu tak terhitung. Moga setiap peluhmu diganti dengan pahala yang berpanjangan.

19. Cintamu adalah rahmat Allah yang tiada bandingannya. Selamat Hari Ibu, moga hidupmu diberkati dunia akhirat.

20. Aku tidak akan pernah mampu membalas jasamu, ibu. Namun aku akan terus mendoakanmu agar Allah merahmatimu selama-lamanya.

Semoga bermanfaat dan hargailah ibu mu.

Baca juga: Bermula 1 Mei, Pelancong Asing Perlu Isi Kad Ketibaan Digital 3 Hari Sebelum Ke Thailand

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×