Sebagai umat Islam, melafazkan ucapan dua kalimah syahadah adalah wajib untuk anda tahu. Malah, kalimah ini akan diucap tidak kurang dari 9 kali setiap hari iaitu dalam bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir sembahyang fardu 5 waktu.
Bukan itu sahaja, bilangan lafaz dua kalimah syahadah itu akan bertambah jika diamalkan juga sembahyang-sembahyang sunat yang lain seperti sunat rawatib, sunat dhuha, sunat witir, sunat terawih, sunat tahajud, sunat taubat, sunat hajat serta sebelum tidur malam.
Baca juga: Anak Tak Sah Taraf Diberi Bin/Binti Bukan Abdullah Tapi Guna 99 Nama Allah, Boleh Ke?
MAKSUD UCAPAN DUA KALIMAH SYAHADAH, AMALAN SEMASA TIDUR RASULULLAH SAW

Isi kandungan dua kalimah syahadah dibahagikan kepada dua iaitu:-
-Maksud yang tersurat
-Maksud yang tersirat
1. Isi kandungan 2 kalimah syahadah yang tersurat.
Maksud yang tersurat dalam dua kalimah syahadah ialah maksud atau erti kata-kata dalam kedua-dua syahadah itu. Apabila kita melafazkan dua kalimah syahadah ini, kita sebenarnya memberi kesaksian terhadap 2 perkara iaitu:-
-Bahawa Allah itu esa.
-Bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Pesuruh (Rasul)
2. Isi kandungan 2 kalimah syahadah yang tersirat.
Dua kalimah syahadah adalah asas Agama Islam. Tanpa dua kalimah syahadah ini tidak akan ada agama Islam dalam diri seorang itu. Jika tidak ada Agama Islam dalam diri, orang itu dihukum kafir.
Isi kandungan Agama Islam dalam dua kalimah shahadah, yang wajib diisi dalam 3 perkara ini:-
-Rukun Iman 6 perkara
-Rukun Islam 5 perkara.
-Ilmu Fardu Ain.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat banyak hadis-hadis yang sahih yang menyebut tentang amalan-amalan yang boleh dilakukan sebelum tidur. Di antaranya :
1.Berwuduk sebelum tidur
Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Al-Bara’ Bin ‘Azib bahawa Nabi SAW bersabda :
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ وقُلْ: اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ، فَإِنْ مُتَّ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ فاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَقُولُ
Maksudnya : “Jika kamu datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah sepertimana kamu berwuduk untuk solat. Kemudian berbaringlah dengan lambung kananmu dan sebutlah : Ya Allah aku berserah diri pada-Mu. Aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dengan penuh rasa cinta dan takut. Tidak ada tempat berlindung kecuali kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan juga beriman dengan Nabi yang telah Engkau utuskan. Jika kamu mati maka kamu mati dengan fitrah dan jadikanlah ia akhir ucapan yang kamu ucapkan.”- Riwayat Al-Bukhari (6311)
2.Membaca surah-surah tertentu dan zikir sebelum tidur
Di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.anha :
أَنَّ النَّبِيَّ صلى اللهُ عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ، جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا: ﴿ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَد ﴾ وَ﴿ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَق ﴾ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاس ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ، وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ، يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ
Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi SAW jika Baginda berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu Baginda membaca : Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu Birabil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas. Kemudian Baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.”- Riwayat Al-Bukhari (5017)
Di dalam riwayat yang lain, Nabi SAW mengajarkan umatnya agar membaca dua ayat terakhir daripada Surah Al-Baqarah. Daripada Abu Huraira R.A bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Maksudnya : “Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah pada malam hari, maka ia sudah cukup.”- Riwayat Al-Bukhari (5009)

*Dan banyak lagi hadis-hadis yang sahih tentang amalan-amalan sebelum tidur yang thabit daripada Nabi SAW. Kesimpulannya, riwayat yang menceritakan nasihat Nabi SAW kepada Aisyah tentang empat amalan sebelum tidur adalah hadis yang tidak thabit. Namun, tidak salah juga untuk mengucap dua kalimah syahadah sebelum tidur kerana itu adalah amalan yang disarankan.
Baca juga: Cantik Dipandang Tapi Tak Halal, Ini Cara Pilih Pinggan Mangkuk Ada Label ‘Bone China’
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Kalam Insani
