Euforia Bola 2026
Nur

Anak-Anak Pasti Teruja! Ustaz Azhar Idrus Beri ‘Green Light’ Dijadikan Karakter Animasi Comel Di TV PASTI

TV PASTI

TV PASTI kini melangkah ke tahap baru dalam pendekatan pendidikan agama kanak-kanak apabila menghasilkan animasi khas yang menampilkan elemen ilmu dan teladan ulama tersohor, Ustaz Azhar Idrus.

Kejayaan projek ini bukan sahaja menarik perhatian ibu bapa dan guru, malah mendapat pengiktirafan terus daripada Ustaz Azhar sendiri.

Baca juga: Budak 12 Tahun Bertindak Berani, Wira Cilik Manfaatkan Ilmu CPR Untuk Selamatkan Rakan Lemas!

TV PASTI TERBITKAN ANIMASI WATAK USTAZ AZHAR IDRUS UNTUK DIDIKAN ISLAM

TV PASTI

Rekaan watak diambil daripada imej ikonik Ustaz Azhar, iaitu kopiah putih dan janggut, yang menjadi trademark beliau. Walaupun dalam bentuk kartun, karakter ini tetap mengekalkan aura dan ciri-ciri yang dikenali ramai, memastikan anak-anak dapat mengenali sosok ulama tersebut dengan mudah.

Projek ini merupakan hasil usaha kolaboratif antara pihak produksi animasi TV PASTI dan Ustaz Azhar Idrus bersama team beliau. Mereka bersama-sama memastikan mesej dakwah yang disampaikan sesuai dengan kefahaman kanak-kanak tanpa mengurangkan nilai ilmiah yang penting.

Matlamat utama animasi ini adalah untuk mendekatkan pelajar PASTI dan kanak-kanak secara amnya dengan tokoh ulama melalui medium yang mereka minati. Dengan cara ini, pelajar bukan sahaja belajar mengenai nilai Islam, tetapi juga boleh mengenal ulama dan meneladani akhlak mereka sejak usia muda.

“‘Hok peting sekali bulih green light dohh’. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Azhar Idrus dan juga team kerana beri peluang untuk kolaborasi dalam animasi TV PASTI.

tv pasti

“Gambar kartun tu kira comel la noh, sampai ustaz boleh bagi green light. Trademark ustaz Azhar ni dua tu la. Kopiah putih dan janggut. 

“Moga animasi yang dibuat ini boleh jadi asbab untuk pelajar PASTI dan anak-anak yang tengok video dari TV PASTI lebih rapat dengan ulama,” jelas PASTI Malaysia.

Kolaborasi sebegini jelas membuktikan bahawa pendidikan agama boleh diperkaya dengan pendekatan kreatif tanpa mengabaikan kandungan ilmiah.

Dengan kehadiran animasi comel yang berkonsepkan tokoh ulama seperti Ustaz Azhar Idrus, generasi muda kini boleh belajar agama dengan cara yang lebih menyeronokkan dan interaktif.

Baca juga: Jumpa Adik-Adik Jual Lukisan RM1 Di Pasar Malam, Lelaki Ini ‘Order’ Kucing & Rumah Tanda Sokongan

Sumber: Facebook PASTI Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×