Buat anda yang tidak tahu, tuntutan kerosakan kenderaan akibat jalan rosak boleh dilakukan untuk mendapatkan pampasan daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan jalan tersebut.
Pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan jika kereta mereka mengalami kerosakan disebabkan oleh jalan berlubang, retak, atau permukaan jalan yang tidak rata.
Baca juga: 4 Subjek Utama Adik-Adik Kena Skor Waktu SPM, Markah Merit Tinggi & Senang Masuk Universiti
CARA BUAT TUNTUTAN KEROSAKAN KENDERAAN AKIBAT JALAN ROSAK

Cara membuat tuntutan kerosakan kenderaan akibat jalan rosak adalah seperti di bawah ini:
1. Proses dokumentasi
Lokasi kejadian dan lubang punca kemalangan. Sebagai lampiran bersama surat memohon pampasan kerugian.
Jabatan minta, saya sediakan:
– Peta lokasi kejadian. Kena ada jalan yang jelas. Guna google map pun boleh. Lepas tu, edit dan tandakan lokasi kejadian.
– Sediakan link sekali untuk diakses pihak jabatan.
– Gambar kerosakan jalan yang ditandakan sebagai punca kemalangan.
– Gambar kerosakan jalan yang berkaitan.
– Gambar semasa kejadian. Keadaan jalan dan cuaca.
– Gambar kerosakan kenderaan atau komponen yang disahkan rosak. Boleh guna gambar sendiri atau gambar yang disediakan oleh pihak Polis Trafik. Yang ni kena bayar dengan pihak PDRM di kaunter salinan/laporan kemalangan.
– Resit pembaikan atau sebut harga pembaikan daripada bengkel.
2. Bukti sokongan
Penting untuk kita merekod laporan kerosakan jalan raya daporan ini dibuat pada 6 Nov 2023. Jalan yang sama, lokasi yang sama. Jangan takut atau malas hendak membuat aduan. Jangan berharap orang lain akan buat untuk kita.
3. Surat memohon ganti rugi kerosakan

Sekiranya tuntutan dibuat kepada pemilik laluan yang terdiri daripada Jabatan Kerja Raya, kita sebagai mangsa kena buat surat memohon ganti rugi.
Dalam surat tersebut kena ada butiran ini:
- Tarikh dan masa kejadian
- Keterangan kejadian
- Jenis kenderaan dan kerosakan
- Lampiran bergambar peta lokasi kejadian, kerosakan jalan dan gambar kerosakan kenderaan
- Lampiran resit pembaikan atau sebut harga pembaikan
- Masukkan sekali laporan polis sebagai bukti kukuh laporan telah dibuat secara rasmi
– Format surat adalah surat rasmi. Tidak disarankan buat surat tidak rasmi kerana kita berurusan dengan pihak Jabatan.
– Nyatakan tujuan utama; dapatkan pampasan, jalan diperbaiki dan juga niat untuk bawa kes tuntutan ke mahkamah sivil.
– Buat dua salinan. Satu untuk pihak jabatan, satu lagi untuk simpanan sendiri. Pastikan salinan anda telah bercop dan ditandatangani telah diterima pihak Jabatan.
Baca juga: Rahsia Orang Dulu-Dulu Untuk Pokok Berbuah Lebat & Tak Ada Serangga, Kena Letak Bekas Ini!
Sumber: Facebook Mohd Ariff
