Euforia Bola 2026
Famili

20 Hari Anak Dirawat, Satu Sen Pun Tak Dibayar! Ibu Dakwa Takaful Tolak Tuntutan Tanpa Asas Logik

tuntutan insurans

Sebuah kisah menyayat hati membabitkan penolakan tuntutan insurans mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas seorang ibu tampil memperjuangkan hak anaknya yang mengalami serangan sawan dan menerima rawatan intensif selama hampir tiga minggu di hospital swasta.

Kisah ini mula mendapat perhatian selepas wanita tersebut berkongsi kronologi pengalaman pahitnya di platform Threads, yang kemudian menjadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada masyarakat. Berikut ialah kronologi penuh insiden yang mencetuskan kontroversi!

Baca juga: “Nak Kebumi Di Mana?” – Dua Beradik Bergaduh Di Wad Ketika Ayah Nazak, Kena ‘Heret’ Ke Mahkamah!

IBU BUAT TUNTUTAN INSURANS, TAPI KENA ‘REJECT’ TANPA ALASAN KUKUH!

tuntutan insurans

Foto: Freepik

Pada 22 Oktober 2024, anak kepada wanita berkenaan dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat serangan sawan berulang yang berlaku lebih 10 kali sehari. Rawatan berterusan selama 20 hari sehingga 11 November 2024, dengan serangan sawan berhenti sepenuhnya pada hari ke-17. Anak tersebut dibenarkan pulang bersama ubat-ubatan yang kemudian dikurangkan setelah beberapa minggu.

Sepanjang rawatan, ibu dan bapa pesakit sentiasa berada bersama dan turut serta dalam perbincangan bersama pakar neurologi yang merawat. Anak tersebut mempunyai perlindungan takaful perubatan sejak usia 42 hari, dengan jumlah perlindungan tahunan melebihi RM1 juta.

Rawatan dilakukan menggunakan surat jaminan, dan semuanya berjalan lancar sehingga tiba masa untuk membuat tuntutan. Namun, syarikat takaful secara mengejut menolak keseluruhan tuntutan tanpa sebarang bayaran, atas alasan bahawa penyakit anak tersebut dikategorikan sebagai ‘penyakit semula jadi sejak lahir’ (congenital).

Ibu berkenaan menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa tiada satu pun laporan doktor menyebut penyakit itu congenital. Malah, menurut kenyataan lisan doktor pakar, punca sebenar masih belum dikenal pasti dan boleh berpunca daripada jangkitan.

Lebih mengecewakan, selama lebih 200 hari sejak tuntutan pertama dikemukakan, beliau mendakwa tidak menerima sebarang panggilan atau komunikasi proaktif daripada pihak syarikat. Segala perkembangan terpaksa beliau kejar sendiri melalui panggilan telefon dan emel, yang menurutnya hambar, tanpa penjelasan terperinci atau permohonan maaf.

KISAH DAH VIRAL, BARU SYARIKAT INSURANS NAK JUMPA…

tuntutan insurans

Foto: Freepik AI

Kemuncak kepada segalanya berlaku pada awal Mei 2025 apabila beliau mula berkongsi kisah ini secara terbuka di media sosial. Posting pertama mendedahkan jumlah bil hospital sebanyak RM59,250.20 yang tidak dibayar langsung oleh pihak takaful. Dalam masa 24 jam, akaun Threads beliau meraih lebih sejuta tontonan dan ribuan interaksi.

Tularnya kisah ini akhirnya memaksa syarikat takaful menghubunginya untuk mengadakan pertemuan rasmi. Namun, menurut beliau, hasil pertemuan itu mengecewakan apabila pihak syarikat hanya memaklumkan akan ‘menyiasat semula’ kes berkenaan. Tambah mengejutkan, mereka menyatakan baru menyedari bahawa laporan perubatan penting belum diterima  walaupun semua dokumen telah dihantar sejak awal.

Kekecewaan memuncak apabila tiada siapa menjelaskan dokumen tambahan yang diperlukan atau memberi senarai lengkap keperluan sejak awal. Ibu ini meluahkan tekanan emosi yang ditanggung apabila terpaksa membuka semula fail, menyusun kronologi, dan mengingati semula trauma rawatan anaknya!

Lebih perit, beliau turut menerima kecaman daripada sebilangan ejen yang mempertahankan syarikat tanpa memahami keseluruhan konteks kes. Beliau menegaskan bahawa perjuangannya bukan semata-mata untuk menuntut bayaran rawatan, tetapi soal prinsip, keadilan dan tanggungjawab terhadap pelanggan yang membayar secara sah.

Ramai pengguna media sosial menyatakan sokongan moral terhadap ibu ini, malah berkongsi pengalaman serupa seolah-olah menunjukkan corak penolakan tuntutan yang berulang dalam sistem takaful.

Kisah ini membuka mata ramai tentang kepentingan ketelusan, komunikasi beretika dan kebertanggungjawaban dalam industri perlindungan perubatan. Ia turut mencetuskan perbincangan umum tentang keperluan reformasi menyeluruh dalam sistem takaful agar nasib pelanggan tidak dipandang enteng.

*Apakah tindakan lanjut daripada pihak berkuasa dan penggiat industri? Adakah kisah ibu ini akan membawa perubahan, atau terus menjadi satu lagi kes sunyi dalam lipatan keluhan rakyat?

Baca juga: Cara Semak Status Kelayakan Bantuan TAMBAHAN SARA 2025, Mungkin Kali Ini Anda Lulus!

Sumber: INFAQ Consultancy, Threads @fatimahshasni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×