Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Bersihkan Minyak Tumpah Pada 5 Jenis Permukaan, Kaedah Ini Pakar ‘Approve’!

tumpahan minyak

Tumpahan minyak pada permukaan lantai, memang agak menyusahkan untuk membersihkan dan menghilangkan kelicinan yang terjadi. Sama ada anda berurusan dengan minyak masak, minyak motor atau apa-apa sahaja di antaranya.

Mujurlah, terdapat beberapa bahan isi rumah yang boleh digunakan untuk menyerap minyak di lantai dan memudahkan pembersihan. Nak tahu kaedah magik tersebut? Mari lihat perincian di bawah tentang membersihkannya agar dapat menjadikan rumah anda kembali bersinar seperti baharu.

Baca juga: Trik Elak Pakaian Dijemur Kena Hujan Atau Melekat Asap, Idea Bernas Ini Tak Ada Bau Hapak Pun!

TUMPAHAN MINYAK DI 5 JENIS PERMUKAAN

A. Tumpahan minyak di atas lantai vinil atau jubin

tumpahan minyak

  1. Sembur cuka putih di permukaan lantai yang terkena tumpahan minyak.
  2. Lap kawasan tersebut dengan kain selepas 5 hingga 10 minit.

B. Tumpahan minyak di atas permaidani

tumpahan minyak

  1. Taburkan baking soda atau tepung jagung di atas permaidani yang terkena tumpahan minyak.
  2. Biarkan campuran tersebut selama 15 minit.
  3. Kemudian, vakum dengan cara berhemah agar tidak menolak cecair minyak ke dalam permukaan permaidani.
  4. Diteruskan dengan mengelap noda menggunakan sebatian detergen (15ml), cuka putih (15ml) dan air suam (470ml).
  5. Akhir sekali, bilas permukaan dengan mengelap yang menggunakan air biasa.

C. Tumpahan minyak di permukaan kayu keras

minyak tumpah

  1. Sapukan Fuller’s Earth ke kawasan berminyak dan tunggu selama 15 minit.
  2. Kemudian, kikis pes menggunakan pisau palet atau mentega secara berhati-hati agar tidak mencungkil permukaan kayu.

Nota: Fuller’s Earth ialah produk tanah liat yang menyerap minyak dengan cepat tanpa merosakkan kayu keras. Beli di kedai perkakasan dan taburkan ia dengan nipis ke atas kawasan berminyak.

Baca juga: Ketahui 6 Cara DIY Periksa ‘Defect’ Rumah Baru, Senang Nak Tuntut Dari Pemaju!

Baca juga: Elak Patah Pinggang, Guna 4 Kaedah Ini Bersihkan Langsir ‘Blackout’ Yang Tebal & Berat!

D. Tumpahan minyak di permukaan konkrit

minyak tumpah

  1. Taburkan baking soda pada kawasan tumpahan minyak di konkrit.
  2. Tunggu selama sejam atau semalaman untuk keberkesanan yang lebih padu.
  3. Kemudian, sapu habuk baking soda pada tempat tersebut ke dalam beg sampah.

Nota: Jika ada sisa baking soda, bilas dengan air bersih.

E. Tumpahan minyak yang telah mengeras di permukaan konkrit

minyak tumpah

  1. Semburkan degreaser ke atas kawasan tersebut dan gunakan berus nilon untuk menyapunya.
  2. Sapukan TSP ke kawasan tersebut dengan mengamalkan langkah keselamatan seperti berikut:
  • Pakai cermin mata dan sarung tangan untuk melindungi kulit dan mata.
  • Campurkan 1 bahagian Trisodium Phosphate (TSP) kepada 6 bahagian air.
  • Letakkan pada noda, kemudian biarkan ia kering selama sekurang-kurangnya 20 jam.
  • Apabila kering, sapukan ia untuk menghilangkan kesan minyak.

FT Image: Patutlah Rumah Rasa ‘Vibe’ Spa, Rupanya Ada Cara DIY Pewangi Yang ‘Sebijik’ Baunya!

Sumber: wikiHow

FT Image: shutterstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×