Umum mengetahui, bergelar guru bukanlah satu perkara mudah kerana bukan sahaja sikap anak murid namun perangai ibu bapa juga boleh memeningkan kepala. Itulah yang dihadapi oleh seorang cikgu di laman TikTok apabila ibu bapa tidak menerima hakikat mengenai tulisan anak buruk dan perlu diberikan pendidikan khas.
Menerusi TikTok Syafwah Raduan, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap ibu yang mengambil ringan tentang nasihat berkaitan perkembangan anaknya sendiri.
Baca juga: Nak Ajar Anak Maksud Tauhid Umur Ini Yang Sesuai, Jangan Terlambat Nanti Rugi!
TULISAN ANAK BURUK, IBU AYAH JANGAN AMBIL RINGAN

Jelasnya, dia menasihati ibu bapa kepada anak muridnya untuk membawa berjumpa pakar. Hal ini kerana tulisannya terlalu buruk dan tidak boleh dibaca.
“Minggu ini saya sangat sedih dan kecewa dengan parents salah seorang murid saya sebab mereka memang berkeras serta tak bagi respon dengan cadangan untuk membawa anaknya jumpa doktor pakar.
“Kami tidak suka-suka sahaja menyuruh bawa jumpa doktor melainkan anak itu memang perlu mendapatkan rawatan. Ini kerana dia dah tak boleh bawa diri dalam aliran perdana,” jelas cikgu itu.
Tambahnya lagi, tindakan ibu bapa yang tidak bersetuju dengan cadangan cikgu dan membiarkan anak di dalam aliran perdana, seolah-olah menganiaya anak sendiri.
Ibu bapa perlu memahami sikap anak dan jangan terlalu berkeras dengan pendirian sendiri kerana ini boleh mengakibatkan anak ‘lemas’ dalam kelas aliran perdana.
Sekiranya tulisan anak buruk dan terlalu sukar untuk difahami, mereka berkemungkinan perlu dimasukkan ke dalam pendidikan khas.

“Bila ibu bapa tak terima hakikat dan tak nak bawa anak berjumpa doktor, itu sebenarnya anda telah menganiaya anak sendiri. Kasihan dekat anak sebab dia dah memang lemas dalam aliran ini,” katanya.
Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, dia menasihati ibu bapa di luar sana agar sentiasa semak tugasan dan sekiranya tulisan anak buruk di setiap buku, itu tandanya mereka perlu mendapatkan rawatan.
“Kalau dah terima aduan daripada guru tentang tulisan anak buruk, tolong jangan paksa anak belajar dalam aliran perdana. Sama-sama bantu dan sokong anak supaya dia dapat pendidikan yang sepatutnya serta bersesuaian,” ujarnya.
Baca juga: Ibu Jangan Lupa Selit 10 Doa Ini Untuk Anak Setiap Hari, InsyaAllah Jadi ‘Senjata’
Sumber: TikTok Syafwah Raduan
