Mana-mana individu yang mengalami masalah cip MyKad rosak, Kerajaan akan menawarkan penggantian secara percuma pada kad pengenalan mereka, bermula hari ini hingga 7 Oktober.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang menjelaskan bahawa proses pertukaran boleh dilakukan di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negeri.
Baca juga: Anak Aziz M Osman, Ara Aziz Masuk Universiti Umur 15 Tahun, “Ini Bukan Biasa-Biasa, Hebat”
CIP MYKAD ROSAK, TUKAR SECARA PERCUMA BERMULA HARI INI

“Kerajaan Madani komited untuk menanggung sepenuhnya kos penggantian dalam tempoh yang ditetapkan ini, bagi memastikan rakyat tidak terhalang daripada menerima manfaat subsidi hanya disebabkan isu teknikal,” jelasnya.
Beliau berkata, langkah ini diambil untuk memastikan semua rakyat yang layak dapat terus menikmati kemudahan subsidi BUDI95 tanpa gangguan.
Menurutnya, dari Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 294,715 permohonan penggantian MyKad diterima, kebanyakannya disebabkan masalah cip atau kerosakan fizikal pada kad.
Tambah beliau, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah permohonan sejak Jun, dengan 32,819 permohonan direkodkan bulan itu, diikuti 40,371 pada Julai dan 45,411 pada Ogos.
“Bagi bulan September, sehingga semalam, jumlah permohonan telah mencecah 22,858. Berdasarkan purata dua bulan terakhir, sekitar 43,000 permohonan penggantian berkaitan cip rosak diterima setiap bulan.
“Sehubungan itu, inisiatif penukaran percuma MyKad rosak yang dilaksanakan mulai esok dijangka melibatkan perbelanjaan kira-kira RM714,660, termasuk kos-kos berkaitan,” jelasnya.
Baca juga: 10 Prompt Gambar AI Yang Tengah ‘Meletup’ Sekarang, Hasil Cantik & Nampak Real!
Sumber: Berita Harian
