Sekarang ini, anda tak perlu lagi ke kaunter bank untuk tukar kad debit Maybank yang tamat tempoh atau rosak. Dengan kemudahan digital yang disediakan Maybank, semuanya boleh dilakukan secara online melalui laman web Maybank2u.
Cepat, mudah dan selamat!
TUKAR KAD DEBIT MAYBANK SECARA ONLINE, MUDAH & PANTAS!

Setiap kad bank mempunyai tarikh luput tertentu dan perlu diperbaharui apabila tiba masanya. Bagi kad yang rosak pula, ia perlu diganti segera supaya urusan transaksi harian seperti pembelian dan pengeluaran wang dapat berjalan lancar.
Namun, tidak semua orang mempunyai masa untuk berurusan di bank, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja atau tinggal jauh dari cawangan. Mujurlah Maybank kini menyediakan perkhidmatan penggantian kad debit secara dalam talian.
Cara tukar kad debit Maybank secara online
Berikut langkah mudah untuk menukar kad debit anda melalui Maybank2u:
- Log masuk ke laman web Maybank2u menggunakan nama pengguna dan kata laluan.
- Tekan menu “Settings” dan pilih “Cards”.
- Klik pada “Manage Debit Cards”.
- Di bahagian Debit Cards, tekan ikon tiga titik (…) di bahagian kiri.
- Pilih “Replace/Renew Card”.
- Pilih kad yang ingin diganti atau diperbaharui.
- Isi maklumat yang diminta dan tekan “Submit”.
Menurut Maybank, kad baharu akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh:
- 9 hari bekerja (alamat dalam Malaysia)
- 30 hari bekerja (alamat luar negara)
Bagi penggantian kad disebabkan kerosakan atau hilang, caj sebanyak RM12 akan dikenakan. Namun, jika kad anda tamat tempoh, pembaharuan adalah percuma.

PENGAKTIFAN KAD DEBIT BAHARU
Selepas menerima kad baharu, anda perlu aktifkannya sebelum digunakan. Dua cara boleh dipilih:
1. Aktif di Maybank2u:
- Log masuk ke laman web Maybank2u
- Pergi ke Settings → Cards → Manage Debit Cards → Activate
2. Aktif di Mesin ATM:
- Masukkan kad baharu
- Pilih Transaksi Lain → Perkhidmatan Lain → Skrin Seterusnya → Pengaktifan Kad
- Masukkan PIN baharu untuk mengaktifkan kad
Dengan adanya kemudahan ini, pelanggan Maybank tidak perlu lagi beratur panjang di bank atau menunggu lama untuk urusan kad. Semua boleh dilakukan dari rumah, pejabat atau di mana sahaja, cukup hanya dengan capaian internet.
Jadi, jika kad anda sudah hampir tamat tempoh atau rosak, jangan tunggu lagi. Tukar kad debit Maybank anda secara online sekarang!
Baca juga: Bukan Sekadar Kad Pengenalan, Ada 5 Lagi Fungsi MyKad Yang Jarang Rakyat Malaysia Tahu!
Sumber: Maybank2u
FT Image: Penulis
