Euforia Bola 2026
Rakyat

Berpindah & Tinggal Lebih 90 Hari Di Tempat Baharu, Rupanya Alamat Di MyKad Kena Tukar

TUKAR ALAMAT

Ramai masih tidak menyedari bahawa tukar alamat tempat tinggal bukan sekadar perubahan biasa, sebaliknya ia melibatkan kewajipan undang-undang.

Mengikut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, setiap individu yang memiliki kad pengenalan dan berpindah ke tempat kediaman baharu untuk tempoh 90 hari atau lebih diwajibkan membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan.

Baca juga: Emas Catat Rekod Tertinggi Sepanjang Masa, Harga Hari Ini Cecah RM655 Segram!

TUKAR ALAMAT KAD PENGENALAN JIKA TINGGAL DI TEMPAT BAHARU LEBIH 90 HARI

TUKAR ALAMAT

Peraturan ini bertujuan memastikan rekod pengenalan diri rakyat sentiasa tepat dan dikemas kini selaras dengan alamat tempat tinggal semasa.

Permohonan pertukaran alamat hanya boleh dibuat dengan kehadiran pemohon di mana-mana Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Alamat yang didaftarkan mestilah alamat tempat tinggal tetap di dalam Malaysia.

Alamat tempat bekerja, pejabat, organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan digunakan bagi tujuan ini. Bagi pemohon berumur bawah 18 tahun  kehadiran bersama ibu, bapa atau penjaga adalah diwajibkan.

Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter JPN dengan membawa dokumen asal seperti berikut:

  • Kad Pengenalan (Asal)

Bagi menyokong permohonan pertukaran alamat, pemohon perlu mengemukakan salah satu dokumen berikut sama ada asal atau salinan yang disahkan:

  • Bil elektrik
  • Bil air
  • Bil pembentungan atau bil utiliti
  • Cukai pintu atau cukai taksiran
  • Borang taksiran cukai pendapatan
  • Perjanjian jual beli rumah
  • Perjanjian atau resit sewa rumah
  • Dokumen sokongan lain yang seumpamanya
TUKAR ALAMAT

Freepik

Bayaran fi dikenakan sekiranya pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad pengenalan baharu, dengan kadar RM10.00 untuk warganegara dan RM40.00 untuk bukan warganegara.

Walaupun ramai menganggap pertukaran alamat sebagai perkara remeh, kegagalan mengemas kini maklumat pada kad pengenalan boleh menimbulkan pelbagai masalah, terutamanya urusan rasmi melibatkan agensi kerajaan, perbankan dan perkhidmatan awam.

Orang ramai yang telah berpindah dan menetap di alamat baharu lebih daripada 90 hari disarankan segera membuat permohonan pertukaran alamat bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.

Baca juga: KPM Pertimbang Buat Prasekolah Dua Sesi Tahun 2027, Untuk Elak Sesak Di Sekolah

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×