Situasi ketika berada di hospital kadangkala membuatkan ramai pesakit hanya memikirkan soal rawatan sehingga terlupa tentang perkara lain. Namun bagi seorang wanita ini, walaupun sedang bersiap untuk masuk ke dewan bedah, dia tetap berusaha menjaga aurat semampu yang boleh.
Menerusi hantaran di Facebook, Nur Hanisah berkongsi situasi yang dilaluinya ketika diminta bersedia untuk dibawa ke bilik pembedahan atau Operating Theatre (OT).
Baca juga: Haid Berhenti Tengah Hari Ramadan, Boleh Terus Makan Atau Wajib Tahan Sampai Maghrib?
TUDUNG OT UNTUK PESAKIT WANITA JAGA AURAT DALAM DEWAN BEDAH

Gambar hiasan: Gemini AI.
Menurutnya, ketika berada di wad, dia bertanya kepada jururawat sama ada dibenarkan memakai tudung ketika menuju ke bilik pembedahan.
“Kak, boleh tak saya nak pakai tudung pergi OT?”
Jururawat memaklumkan bahawa kebiasaannya pesakit hanya dibenarkan memakai penutup kepala khas OT.
“Tak boleh, dik. Boleh pakai OT cap ini saja.”
Cuba minta kebenaran untuk jaga aurat
Namun begitu, Nur Hanisah cuba meminta kebenaran sekiranya tudung hanya dipakai sementara sehingga tiba di bilik pembedahan.
“Kak, kalau saya lilit macam ini boleh? Nanti sampai sana, akak ambillah tudung saya.”
Jururawat yang bertugas kelihatan berbincang dengan rakan setugas mengenai perkara tersebut sebelum akhirnya membenarkannya memakai tudung sepanjang perjalanan ke dewan bedah.
Dengan kebenaran itu, dia dibawa ke bilik pembedahan sambil memastikan selimut menutup seluruh badannya.
Baca juga: Wanita Kongsi Tip Tutup Aurat Semasa Buat Prosedur MRI, Tidaklah Rasa Segan Dengan Petugas
Baca juga: Wanita Kongsi 45 Doa Rumi Untuk Dibaca Pada 10 Malam Terakhir Ramadan, Mari Rebut Lailatulqadar!

Gambar tudung OT yang dimuat naik oleh Nur Hanisah di Facebook sebagai kenangan, di mana tudung tersebut dipakai oleh suaminya sebagai contoh.
Rupanya ada tudung khas di dewan bedah
Sebaik tiba di dewan bedah, seorang doktor yang melihat keadaan tersebut terus meminta jururawat memberikan tudung khas kepada pesakit.
“Pesakit nak pakai tudung ya? Nah, bagi dia ini.”
Nur Hanisah kemudian diberikan tudung OT berwarna merah jambu yang memang disediakan di situ untuk dipakai sepanjang prosedur.
Menurutnya, tudung OT sebenarnya tersedia di kebanyakan hospital di Malaysia. Dia juga pernah melihat kemudahan tersebut ketika menjalani latihan sebagai doktor pelatih sebelum ini.
Perkongsian itu dibuat bagi memberi kesedaran kepada orang ramai, khususnya pesakit wanita, bahawa mereka boleh bertanya atau membuat permintaan sekiranya ingin menjaga aurat ketika berada di hospital.
“Saya tulis ini dengan niat memberi kesedaran kepada sesiapa yang mungkin bakal masuk dewan OT suatu hari nanti. Cubalah minta tudung OT dan jaga aurat semampu kita.”
Baca juga: Hukum Jimak Suami Isteri Di 10 Malam Terakhir Ramadan & Ini Adabnya Kalau Masih Nak ‘Buat’
Sumber: Nur Hanisah
FT Image: Nur Hanisah / Gemini AI
