Euforia Bola 2026
40 Minggu

Wanita Mohon Doa Selepas 10 Tahun TTC, Komen Tokti Beri Petua & Nasihat Undang Sebak Warganet

CAHAYA MATA

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan. Namun, tidak semua pasangan dikurniakan rezeki tersebut dengan mudah dan perlu melalui tempoh penantian yang panjang serta penuh kesabaran.

Baca juga: Belum Sempat Sampai Hospital, Baby ‘Slide’ Keluar Ke Kaki Masa Ibu Tengah Makan Kurma! “Alhamdulillah Semua Selamat..”

WANITA LUAH INGIN CAHAYA MATA, KOMEN TOKTI TARIK PERHATIAN

CAHAYA MATA

Freepik (Sekadar gambar hiasan)

Seorang wanita dikenali sebagai Shairah Saleh berkongsi luahan hati di media sosial apabila memohon doa daripada orang ramai agar dirinya dan suami dikurniakan cahaya mata.

Menurutnya, walaupun sedikit malu untuk berkongsi perkara tersebut secara terbuka, dia tetap memberanikan diri memohon doa orang ramai, khususnya pada 10 malam terakhir Ramadan yang penuh dengan keberkatan.

Dalam perkongsiannya, Shairah memaklumkan bahawa dia telah melalui perjalanan Trying To Conceive (TTC) selama hampir 10 tahun. Oleh itu, dia berharap agar doa daripada orang ramai dapat membantu agar impiannya untuk menimang cahaya mata dimakbulkan oleh Allah SWT.

“Sebenarnya malu tapi nak juga usaha di 10 malam terakhir ini mohon korang doakan Saya Nor shairah Binti Mohd Adnan dan pasangan dikurniakan zuriat pada tahun ini. Saya dah TTC Selama 10 tahun. semoga di antara doa kalian ada yang diangkat dan dimakbulkan,” luahnya.

Luahan tersebut turut mendapat perhatian ramai warganet yang meninggalkan pelbagai kata-kata semangat serta doa agar pasangan itu dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.

Lebih menyentuh hati, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil TokTi juga meninggalkan komen memberikan kata-kata semangat dan nasihat buat pasangan tersebut.

Komen Tokti undang sebak

CAHAYA MATA

TokTi turut mendoakan agar Shairah dikurniakan rezeki zuriat serta menasihatkannya supaya terus berusaha dengan memperbanyakkan amalan seperti solat taubat, solat tahajud dan solat hajat dengan niat memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan cahaya mata pada waktu yang terbaik.

Selain itu, beliau juga menggalakkan agar pasangan tersebut memperbanyakkan istighfar, membaca doa Nabi Zakaria serta bersedekah pada 10 malam terakhir Ramadan dengan niat memohon zuriat.

“Aamin ya rabb.. Kak Iti doakan , jangan lupa solat taubat, tahajjud dan solat hajat niat Allah SWT kurniakan zuriat yang terbaik, diwaktu yang terbaik. Percaya kepada rezeki Allah SWT. Baca doa nabi Zakaria, bersedekah 10 malam terakhir dengan niat untuk cahaya mata ya. Istigfar banyak-banyak juga. Aamin ya rabb,” pesannya.

Perkongsian tersebut pastinya menyentuh hati ramai kerana menggambarkan kesabaran dan harapan pasangan yang menunggu kehadiran cahaya mata dalam tempoh panjang.

Rata-rata warganet turut sama mendoakan agar pasangan itu dikurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah pada masa yang terbaik.

Baca juga: “Jangan Percaya Janji Manis” – Sultan Pahang Titah Wanita Lebih Waspada, Elak Tergesa-Gesa Kahwin Warga Asing

Sumber: Threads Shairah Saleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×