Personaliti media sosial dan aktivitis, Farah Lee, menerusi laman Instagramnya menyeru rakyat Malaysia untuk memakai baju tshirt putih sebagai hijab ketika hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.
Menurutnya, tindakan itu bertujuan untuk menunjukkan sokongan moral kepada wanita Palestin yang terus menghadapi penindasan.
Baca juga: KPM Umum 72 Sekolah Akan Jalani PdPR, Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Oktober Ini
TSHIRT PUTIH SEBAGAI TUDUNG TANDA SOLIDARITI – FARAH LEE

Serangan yang menyasarkan wanita, khususnya pemakaian hijab dan nilai-nilai Islam, jelas menunjukkan usaha sistematik untuk menghina dan menjatuhkan identiti Muslimah. Namun, dari Gaza hingga Kuala Lumpur, semangat wanita Muslim tidak pernah luntur.
Delegasi wanita Malaysia ini menjadi bukti bahawa maruah dan prinsip tidak boleh dikalahkan dengan senjata mahupun penjajahan. Sebaliknya, tekanan ini menjadi bahan bakar untuk memperkukuh solidariti antara umat Islam di seluruh dunia.
Inisiatif ini bukan sekadar satu perhimpunan, tetapi panggilan hati nurani untuk berdiri bersama mereka yang dizalimi. Ia merupakan lambang kasih sayang dan persaudaraan rentas sempadan yang menyatukan kita sebagai satu ummah.
“Panggilan Solidariti! Bersama Farah Lee dan Delegasi Malaysia. IOF sangka mereka sudah menjatuhkan maruah wanita Muslim, tetapi mereka lupa, selagi ada sehelai benang pada tubuh, wanita Muslim akan tetap berusaha menutup auratnya dengan penuh harga diri.
“Tindakan mereka tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya menjadi modal untuk kita bersolidariti! Mari kita sama-sama penuhi KLIA dengan berpakaian T-shirt putih sebagai simbol hijab, tanda sokongan dan kasih terhadap delegasi wanita Malaysia serta wanita-wanita di Palestin yang terus berjuang dalam penindasan,” tulisnya di Instagram.
Seruan ini bukan sahaja untuk wanita, tetapi untuk semua rakyat Malaysia yang prihatin. Mari sama-sama menyahut panggilan solidariti ini, tampil ke KLIA dengan berpakaian putih sebagai tanda kebersamaan dan penghormatan kepada mereka yang tidak pernah putus berjuang mempertahankan maruah, agama dan hak asasi mereka.
Baca juga: PU Amin Tampil Jelaskan Isu Wanita Berjuang Tanpa Mahram – “Ada Budak Nak Peluk Ibu…”
Sumber: Instagram
