Sekarang ini tengah hangat di media sosial satu trend pelik tapi viral yang dikenali sebagai “Trend S-Line”. Mula-mula tengok, mungkin menyangkakan ini cuma filter biasa saja yang ada garisan merah melengkung di atas kepala orang dalam gambar.
Tapi sebenarnya, trend ini datang dengan maksud yang agak sensitif dan buat ramai orang rasa tak selesa.
Baca juga: Mufti Kata Haram Batalkan Solat Disebabkan Anak Menangis, Ini Penjelasannya!
BILA FIKSYEN KE DUNIA NYATA, TREND “S-LINE” JADI IKUTAN

Poster K-Drama “S-Line”
Trend S-Line ini diinspirasikan daripada satu drama Korea adaptasi Webtoon yang bertajuk S-Line. Dalam cerita itu, ada seorang pelajar sekolah menengah yang boleh nampak “garis merah” di atas kepala orang lain.
Di mana, garisan itu dikatakan sebagai simbol hubungan seksual seseorang. Lagi banyak garisan, lagi “berpengalaman” kononnya orang itu.
Tak lama selepas drama itu trending, muncul pula versi realitinya di media sosial. Ramai warga maya mula sunting gambar sendiri dan letak garisan merah itu di atas kepala.
Ada yang buat main-main, ada juga yang ‘mengaku’ jumlah garis itu sebagai simbol kebanggaan. Tapi benda yang asalnya dari fiksyen, bila dibawa ke dunia sebenar ia terus timbul isu serius.
Baca juga: Jemaah Lelaki Boleh Ke Tanggal Kain Ihram & Pakai Tuala Untuk Buang Air? Mutawif Beri Jawapan

Trend s-line yang menjadi ikutan di media sosial anak muda.
Antara yang mula bersuara tentang trend ini ialah akaun Instagram @balikpapances_ yang berkongsikan pandangan jujur.
Katanya walaupun nampak seperti gurauan dan trend biasa, sebenarnya trend ini boleh membuka ruang kepada budaya tidak sihat. Ia seolah-olah menggalakkan orang untuk bangga dengan perkara yang sepatutnya bersifat peribadi, malah mungkin aib kalau dibanggakan secara terbuka.
Ramai juga pengguna media sosial yang bersetuju. Mereka risau, trend seperti ini bukan sahaja menormalkan zina, malah boleh merosakkan minda remaja dan anak muda.
Bila terlalu banyak kandungan seperti ini tular, makin susahlah nak kawal apa yang anak-anak tengok dan anggap sebagai “normal”.
Apa pun, sebagai pengguna media sosial, kita semua ada tanggungjawab. Fikir dulu sebelum ikut sesuatu trend.
Jangan sampai kita menyumbang kepada penyebaran budaya yang boleh membawa kesan jangka panjang terutama kepada budaya, agama dan generasi akan datang.
Baca juga: Apa Terjadi Selepas Jenazah Ditimbus? Inilah Malam Pertama Di Alam Barzakh Yang Ramai Tak Tahu
Sumber: Instagram @balikpapances_
FT Image: Instagram @balikpapances_
