Euforia Bola 2026
Advertorial

Trend Raya 2026: Warna Tree House Pilihan Untuk Rumah yang Lebih Tenang & Menawan

Trend Raya 2026

Setiap tahun, pasti akan ada beberapa warna yang trending untuk pakaian dan cat rumah? Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, warna trend Raya 2026 dipilih sendiri oleh rakyat Malaysia melalui undian di laman sesawang OH BULAN.

Warna yang dimaksudkan, ialah Tree House (NP 8266). Warna ini dipilih kerana ia nampak eksklusif dan mewah. Tidak hanya sesuai dijadikan sebagai warna tema pakaian, warna ini memberikan efek tenang dan nyaman sekali gus menjadikannya salah satu warna yang sangat estetik untuk cat dinding. Apatah lagi pada musim perayaan, kita mahu rasa selesa apabila berkumpul bersama sanak-saudara di rumah.

Maka, tak hairanlah warna ini menerima undian tertinggi di kalangan rakyat Malaysia, dengan jumlah peratusan sebanyak 6.5% daripada 1000 lebih responden.

Trend Raya 2026: Tree House (NP 8266) jadi pilihan

Trend Raya 2026

Sambutan hari raya bukan sekadar meraikan kesyukuran sebaliknya ia tradisi dimana seluruh ahli keluarga berkumpul, menyantuni satu sama lain dan meluangkan masa bersama. Pada masa ini, rumah menjadi pusat aktiviti keluarga, tempat anak-anak bermain, dan ruang menyambut kedatangan tetamu.

Dalam konteks ini, warna dinding memainkan peranan besar dalam mencipta suasana yang selesa dan menenangkan.
Pemilihan warna yang tepat mampu menaikkan seri rumah dan cipta mood damai dan menyegarkan.

Tree House hadir dengan ton hijau semula jadi yang tidak terlalu terang, ia mudah dipadankan dengan pelbagai jenis perabot dan aksesori rumah. Warna ini memberi rasa “grounded” dan seimbang, sesuai untuk ruang keluarga, ruang makan, atau ruang tamu.

Rumah tetap rasa selesa walau ramai tetamu

Trend Raya 2026

Bagi anda yang tinggal di apartment, Tree House adalah pilihan warna yang sangat sesuai untuk cipta dimensi ruang yang lebih lapang dan mendamaikan.

Walau ramai tetamu yang datang rumah, anda tidak akan rasa sesak. Lagipun, Teknologi Anti-Stain, membolehkan kesan kotoran harian dilap dengan mudah tanpa merosakkan cat dinding. Jadi,  tak timbul sebarang masalah jika ada makanan tertumpah dan sebagainya.

Hasilnya, ibu bapa boleh merayakan Aidilfitri dengan lebih tenang sambil membiarkan anak-anak bermain dengan bebas dan menikmati momen bersama keluarga.

Berikut adalah kelebihan lain warna Tree House (Nippon Paint Siri Spot-Less Plus):-

1. Ada Teknologi Silver Ion: Menghalang pertumbuhan virus dan bakteria di dinding, memastikan rumah lebih bersih dan sihat.

2. Ada Teknologi AirGuard: Menyingkir formaldehid dalam udara, mengekalkan kualiti udara rumah untuk anak-anak dan keluarga.

3. Ada Teknologi Anti-Kotoran & Teknologi Hi-Build: Mudah dibersihkan tanpa merosakkan warna, memberi hasil cat yang kaya, mewah, dan tahan lama.

Sentuhan Heritage Hues: Estetik

Trend Raya 2026

Untuk pengetahuan anda, Tree House bukan sekadar pilihan visual. Ia diinspirasikan daripada warisan dan alam semula jadi, menggabungkan estetika tradisi dan gaya hidup moden.

Warna ini buat ruang terasa bersih, nyaman, dan selesa, sesuai untuk mereka yang sukakan rumah dengan gaya minimalis, moden tetapi memiliki sentuhan mewah.

Bagi anda yang mahukan gaya raya yang lebih tenang, selesa, damai dan bermakna. Tree House (NP 8266) adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Cipta ruang yang selesa dengan Nippon Paint Siri Spot-Less Plus dan warnai memori manis raya di tahun 2026 dengan warna Tree House (NP 8266).

Layari laman sesawang Nippon Paint untuk maklumat lanjut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×