Euforia Bola 2026
Percutian

“Cantiknya!” Wajah Baharu Bangunan Sultan Abdul Samad Buat Ramai Terpesona, Kini Dibuka & Masuk PERCUMA

Bangunan Sultan Abdul Samad

Selepas genap setahun menjalani kerja pemuliharaan, Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) akhirnya kembali dibuka kepada orang ramai dan perubahan wajah baharunya nyata mencuri perhatian ramai pengunjung.

Perkongsian mengenai pembukaan semula bangunan ikonik di hadapan Dataran Merdeka itu tular di media sosial apabila seorang pengunjung, @pedzulkefli di Threads, memuat naik pengalaman awalnya memasuki Blok 1 sebelum dibuka secara rasmi kepada umum.

Baca juga: Tak Sengaja Terbasuh Pasport Di Luar Negara, Wanita Kongsi Dokumen Perlu Bawa Ke Kedutaan Supaya ‘Lepas’ Balik!

TRANSFORMASI BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD BUAT RAMAI TERPUKAU

Bangunan Sultan Abdul Samad

Gambar: Threads @pedzulkefli

Menurut pengunjung berkenaan, Bangunan Sultan Abdul Samad kini tampil lebih moden, kemas dan mesra pengunjung, namun masih mengekalkan elemen warisan yang menjadi identiti bangunan bersejarah itu.

Antara perkara yang menarik perhatian ramai ialah:

  • Ruang dalaman yang lebih selesa dan berhawa dingin
  • Kehadiran kafe, galeri serta spot bergambar (OOTD)
  • Suasana lebih cantik ketika waktu golden hour

Malah, kemudahan asas seperti surau dan tandas turut disediakan, selain lif yang memudahkan pengunjung membawa stroller atau warga emas.

Reaksi warga maya: “Bangga jadi rakyat Malaysia”

Ruangan komen di Threads turut dibanjiri reaksi positif daripada warga maya yang rata-ratanya teruja melihat usaha pemeliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad dilakukan dengan baik.

Antara komen yang menarik perhatian:

  • “This is how preservation works… kita jaga sejarah, bukan roboh bina baru.”
  • “Wow cantik giler, tak sabar nak pergi melawat.”
  • “Proud to be a Malaysian.”

Ramai menyifatkan pendekatan memelihara bangunan warisan sebegini mampu meningkatkan penghargaan masyarakat terhadap sejarah dan asal-usul negara.

Bangunan Sultan Abdul Samad

Gambar: Threads @pedzulkefli

Baca juga: 7 Tarikan ‘Wow’ Di Balai Cerap Negeri Sembilan Buat Ramai Suka Datang, Jom Bawa Anak Sekali Cuti Ini!

Info penting untuk pengunjung

Sebelum ini, pembukaan semula Bangunan Sultan Abdul Samad turut dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Hannah Yeoh menerusi hantaran di Facebook.

Menurut beliau, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berangkat menyempurnakan Majlis Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad, diiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bagi yang merancang lawatan, berikut maklumat ringkas yang perlu diketahui:

  • Tarikh dibuka: Bermula 2 Februari 2026
  • Blok dibuka: Blok 1 Bangunan Sultan Abdul Samad
  • Waktu operasi galeri: 9.00 pagi – 6.00 petang (setiap hari)
  • Kemasukan: Percuma ke Kuala Lumpur City Gallery untuk bulan pertama

Pembukaan ini menandakan genap setahun kerja pemuliharaan bermula sejak tahun 2025.

Sebagai mercu tanda ikonik negara dan pintu wajah Kuala Lumpur kepada dunia, Bangunan Sultan Abdul Samad kini bukan sekadar bangunan bersejarah, tetapi destinasi yang menggabungkan warisan, budaya dan pengalaman bandar.

Orang ramai disarankan mengambil peluang ini untuk datang bersama keluarga dan rakan-rakan bagi meneroka sendiri sejarah negara dalam suasana yang lebih selesa dan moden.

Untuk maklumat lanjut, layari https://bsas.com.my.

Baca juga: Jika Bagasi Hilang Atau Tak Sampai, Ini 7 Langkah Penting Kena Buat Di Airport.. Ramai Tak Tahu!

Sumber: Threads @pedzulkefli / Facebook Hannah Yeoh

FT Image: Threads @pedzulkefli / Facebook Hannah Yeoh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×