Sebuah insiden yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia di Hari Raya Aidilfitri kedua apabila berlaku kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi semalam. Kebakaran ini disifatkan sebagai satu bencana gempa bumi yang dahsyat oleh penduduk sekitar.
Hal ini kerana, impak kebakaran dengan api yang marak menjulang ke udara sehingga dapat dilihat sejauh beberapa kilometer dari lokasi kejadian!
Baca juga: Padah Kena Tolak Rakan Sekelas, Murid Tahun 1 Masuk Hospital Akibat Pendarahan Beku Di Zakar!
TRAGEDI PUTRA HEIGHTS: BAHANG API DEKAT, ADA ANAK TERLANTAR DI RUMAH

Foto: BERNAMA
Menurut laporan terkini, seramai 305 mangsa diselamatkan dan ditempatkan di beberapa PPS serta pusat perubatan setakat jam 5 petang semalam. Terkejut, takut dan kelam kabut merupakan reaksi mangsa kebakaran termasuklah seorang wanita bernama Nursyalida Abdul Wahab yang dapat ditemu bual oleh Malaysian Gazette apabila mempunyai anak kurang upaya yang sudah terlantar di atas katil selama 10 tahun.
Puan Nursyalida menceritakan detik-detik cemas apabila melihat semua anak-anak jiran sudah berlari dan menjerit bahawa ada kebakaran yang berlaku di kawasan sekitar rumah.
“Rasa bahang api dah dekat, teringat ada anak terlantar di rumah..” katanya.
Dalam keadaan yang cepat, api sudah marak dengan kuat dan dia meminta pertolongan orang ramai untuk mengangkat anaknya yang terlantar akibat komplikasi otak. Jadi, dia membawa anaknya di dalam kereta ke PPS yang disediakan dalam keadaan selamat dan terus diminta untuk kekal berada di situ sehingga kawasan rumah betul-betul kembali selamat.
Malah dia turut menyatakan bahawa PPS yang disediakan kepada mangsa semuanya berada dalam keadaan yang selesa dan bantuan segera banyak disalurkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan bahawa tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Baca juga: Alamak! Penduduk Pulau Pinang Bakal Alami Gangguan Bekalan Air 60 Jam Selepas Aidilfitri
Sumber: BERNAMA, Malaysian Gazette
