Tahun 2025 menyaksikan gelombang baharu makanan viral yang semakin ekstrem dari segi rasa, penyediaan dan saiz hidangan. Setiap minggu ada sahaja menu baharu yang menjadi tumpuan daripada pencuci mulut manis, minuman berwarna-warni sarat gula, hinggalah hidangan besar yang jauh melebihi keperluan kalori harian.
Walaupun popular di platform digital, kebanyakan pilihan makanan viral ini sebenarnya tidak memberi manfaat kepada kesihatan pengguna.
Baca juga: Kalau Takut Makan Ubat, Cuba Ambil Makanan Semula Jadi Ini! Boleh Legakan Macam-Macam Penyakit
TOP 5 MAKANAN VIRAL 2025, SEMUANYA TINGGI KALORI

Freepik
Trend makanan viral masa kini lebih menekankan unsur kelihatan menarik berbanding nilai nutrisi. Hidangan dicipta untuk meraih perhatian di media sosial, bukan untuk keseimbangan diet.
Oleh itu, tidak hairan jika kebanyakan menu tular mempunyai kandungan gula yang tinggi, penggunaan mentega dan keju yang berlebihan, serta teknik memasak yang melibatkan banyak minyak dan bahan pemprosesan.
Jadi, antara lima makanan viral tahun 2025 adalah seperti berikut:
1. Nasi Lemak Tomahawk
Kalori: Sangat tinggi (1,500 – 2,000 kcal)
Dengan kombinasi nasi lemak, sambal, lemak santan dan daging tomahawk yang besar, satu hidangan ini sahaja boleh memenuhi hampir keseluruhan keperluan kalori harian orang dewasa.
2. Cake in Bowl
Kalori: 500 – 900 kcal
Gula: Tinggi.
Walaupun saiznya kecil, kandungan butter, krim dan topping menyebabkan jumlah kalorinya meningkat.
3. Pistachio Kunafa
Kalori: 700 – 1,000 kcal per slice/bowl
Gula: Sangat tinggi.
Pencuci mulut ini padat dengan sirap pekat, mentega dan keju, menjadikannya antara pencuci mulut paling tinggi kalori.

4. Air Matcha Viral
Kalori: 180 – 350 kcal
Gula: Tinggi.
Masalah utama bukan matcha, tetapi tambahan susu pekat, krim dan gula yang membuatkan minuman ini lebih manis daripada yang sepatutnya.
5. Ayam Gepuk
Kalori: 450 – 700 kcal
Gula: Rendah.
Walaupun tidak terlalu tinggi gula, kalorinya boleh melonjak disebabkan minyak, sambal dan portion ayam yang besar.
Malaysia akan sentiasa kaya dengan makanan sedap tetapi kesedaran kesihatan perlu meningkat bersama budaya makan. Tidak perlu terus berhenti menikmati hidangan kegemaran, cukup mulakan dengan kurangkan kuantiti, pilih versi kurang manis, atau hadkan kepada sekali-sekala.
Perubahan kecil hari ini mungkin menjadi permulaan kepada kesihatan yang jauh lebih baik menjelang 2026.
Baca juga: Makan Banyak Keropok Lekor Tepi Jalan Boleh Buat Anak Kurang Zat, Doktor Ini Jelaskan Risikonya
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
