Tompokan air di siling rumah sering kali dianggap masalah kecil, namun sebenarnya ia boleh menjadi petunjuk awal kepada kebocoran yang lebih serius.
Jika tidak ditangani segera, ia bukan sahaja merosakkan struktur rumah, malah boleh menjejaskan kesihatan penghuni akibat kulapuk dan kelembapan berlebihan.
Baca juga: Ibu Buntu Baju Sekolah Anak Cepat Lebam, Rupanya Ini 8 Rahsia Putihkan Semula Macam Baru!
CARA HILANGKAN TOMPOKAN AIR DI SILING RUMAH

Berikut beberapa pilihan bahan untuk membersihkan tompokan air di siling rumah:
1. Campuran cuka + air
– Nisbah: 1 bahagian cuka + 2 bahagian air.
– Lap guna kain bersih atau span.
2. Peluntur (bleach) + air
– Sesuai untuk kesan hitam atau kulat
– Nisbah: 1 bahagian peluntur + 3 bahagian air.
– Gunakan sarung tangan dan pelitup muka.
– Elakkan terkena kulit atau mata.
3. Baking soda
– Campurkan baking soda dengan sedikit air hingga jadi pes.
– Sapu pada kawasan terjejas, biarkan 15–20 minit sebelum lap bersih.
4. Cat semula
Langkah terakhir adalah mengecat semula siling untuk mengembalikan rupa asalnya.
– Gunakan cat siling kalis air atau cat anti-kulat.
– Pilih warna putih atau warna asal untuk kesan bersih.
– Gunakan berus kecil untuk sudut dan roller untuk kawasan luas.
Punca utama terdapat kesan tompokan air pada siling rumah anda:
- Genting bumbung pecah/tak rapat
- Terdapat backflow air hujan
- Kerosakan pada tanki air
- Air mengalir di pendawaian elektrik
- Haiwan perosak
Masalah tompokan air di siling boleh diselesaikan dengan beberapa langkah mudah tetapi memerlukan perhatian dan kesabaran.
Langkah paling penting adalah anda perlu membaiki punca kebocoran terlebih dahulu sebelum meneruskan kerja pembersihan dan mengecat.
Baca juga: Kera Hancurkan Kebun Lagi? Cuba 20 Trik Ini Sebelum Tanaman Lesap, Pasti Tak ‘Jejak’ Dah!
Sumber: Facebook & The Spruce
