Kebanyakan dari anda mesti pernah mengalami situasi tombol pintu terkunci bukan? Kad, pembaris dan pemutar skru antara item yang sering digunakan untuk membukanya, namun bukan selalu berhasil.
Nak tak nak terpaksa keluarkan sedikit modal untuk memanggil dan membayar tukang kunci.
Baca juga: Rupanya Ini Cara Tapis Air Karat Dalam Mesin Basuh, Baju Putih Pun Selamat!
TOMBOL PINTU YANG SENTIASA TERKUNCI
Namun, tahukah anda sebenarnya tombol pintu mempunyai 2 ‘mode settings’ iaitu normal dan sentiasa kunci seperti yang dikongsikan oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib. Dia menyatakan setting ini kebanyakan ada pada tombol pintu yang ada punat kunci.
Malah, Rusyaidi turut berkongsi bagaimana cara untuk menukar setting supaya anda tidak selalu terkunci. Jom baca di bawah!
Baca juga: Tips Ubah Rumah Banyak Barang Jadi Minimalis, Barulah Sedap Mata Memandang!
Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernahkah anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu “tersekat” di dalam, dan perlu sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walaupun sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.
Baca juga: DIY Almari Tudung Isteri Boleh Muat 100+ Helai, ‘Hanger’ Pun Tak Patah Dah!
Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol pintu ada 2 settings:
- Keadaan sentiasa kunci, dan
- Keadaan Normal.
Cara menukar mode sentiasa kunci kepada mode normal & sebaliknya

Gambar: Rusyaidi Husni Abdul Latib
- Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkan punat kunci.
- Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.
Setting ini digunapakai pada tombol pintu yang ada punat kunci
Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci. Kadang-kadang, sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu berada dalam keadaan sentiasa kunci.
Kalau info ini bermanfaat untuk anda, sila kongsikan. Harap maklumat ini tidak disalahguna.
Sekian. Assalam.
Baca juga: Guna SATU Bahan Ini Sahaja, ‘Seni’ Contengan Anak Di Dinding Terus Hilang!
Sumber: Facebook Rusyaidi Husni Abdul Latib
FT Image: unitedlocksmith

