Euforia Bola 2026
Nur

Foto Siti Nuhaliza Solat Tanpa Telekung & Hanya Berjubah Undang Tanda Tanya Ramai, Agamawan Beri Komen

SOLAT TANPA TELEKUNG

Isu membabitkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perbualan hangat apabila tular gambar yang memaparkan beliau menunaikan solat tanpa telekung. Tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, termasuk persoalan sama ada solat berkenaan sah atau sebaliknya.

Baca juga: Makin Ramai Kaum Hawa Beli Barang Kemas Bentuk Haiwan, Memang Comel Tapi Islam Benarkan Ke?

RAMAI ‘HUKUM’ TOKTI SOLAT TANPA TELEKUNG, INI HUKUMNYA

SOLAT TANPA TELEKUNG

Secara asasnya, para ulama sepakat bahawa antara syarat sah solat bagi wanita ialah menutup aurat dengan sempurna. Namun begitu, telekung bukanlah rukun atau syarat sah solat.

Menurut Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim, beliau menjelaskan telekung hanyalah pakaian tradisi dan budaya masyarakat Melayu yang direka khusus bagi memudahkan wanita menutup aurat ketika solat.

Dari sudut hukum, seseorang wanita boleh menunaikan solat dengan apa-apa pakaian sekalipun, asalkan memenuhi syarat menutup aurat seperti yang ditetapkan syarak iaitu tidak jarang, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, serta menutup seluruh tubuh kecuali bahagian yang dibenarkan.

“Ramai tanya saya adakah solat DS Siti ini sah? Jawapannya sah. Beliau telah tutup aurat untuk solat. Telekung bukan syarat sah solat. Telekung hanya budaya bukan rukun atau syarat sah solat,” jelasnya.

Antara isu yang turut tanda tanya dalam kalangan warganet ialah bahagian dagu, sama ada ia termasuk dalam kategori wajah yang dibenarkan terbuka ketika solat ataupun sebaliknya.

SOLAT TANPA TELEKUNG

Menurut penjelasan oleh Imam al-Nawawi dalam karya agung beliau, al-Majmu’ Sharh al-Muhadhdhab, sempadan wajah ialah:

“Daripada tempat tumbuh rambut di kepala hingga ke bahagian bawah dagu, serta dari telinga ke telinga.”

Ini bermaksud bahagian luar dagu termasuk dalam kategori wajah. Namun, bahagian bawah dagu yang bersambung dengan leher tidak termasuk dalam wajah dan wajib ditutup ketika solat.

Walau bagaimanapun, para ulama turut membahaskan perkara ini secara terperinci dan terdapat khilaf (perbezaan pandangan) dalam menentukan sempadan tepat antara dagu dan leher. Oleh itu, ia bukan isu yang wajar dijadikan bahan pertikaian melampau apatah lagi untuk menghukum individu tertentu.

Kesimpulannya, solat tanpa telekung tetap sah selagi aurat ditutup dengan sempurna mengikut ketetapan syarak. Telekung hanyalah satu bentuk pakaian yang memudahkan, bukan penentu sah atau batalnya solat.

Baca juga: 5 Perbuatan Harian Ini Boleh Jadi Punca Sel Kanser ‘Hidup’ & Jadi Penyakit Kejam, Tabiat No.5 Paling Selalu Buat!

Sumber: Facebook Dr Mohd Izhar Ariff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×