Euforia Bola 2026
Cantik

Baju Kurung VS Blazer, Jurugambar Dedah Rahsia Foto Korporat Wanita Nampak Profesional Tanpa ‘Overdressed’

sesi bergambar

Sewaktu sesi bergambar, tidak hanya tentang kamera dan kemahiran jurugambar, tetapi juga bergantung pada pemilihan pakaian dan gaya pemakaian.

Wazari Wazir Photography berkongsi pengalaman merakam foto wanita, terutamanya mereka yang menghadiri majlis rasmi atau sesi profesional, mengenai cara kelihatan anggun tanpa mengorbankan keselesaan.

Baca juga: Urban Retreat Spa Rawatan Premium Tapi Mesra Poket, Berbaloi Cuba Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki!

TIP PEMAKAIAN WANITA KORPORAT UNTUK SESI BERGAMBAR

sesi bergambar

Gandingan baju kurung dan blazer

Menurut Wazari, baju kurung adalah pakaian rasmi dan turut digelar baju kebangsaan, sesuai untuk majlis rasmi dan sesi bergambar. Namun, ramai wanita masih keliru sama ada boleh menggabungkan baju kurung dengan blazer.

Jurugambar ini menekankan, “Kalau nak pakai baju kurung, pakai sahaja baju kurung dan jangan campur dengan blazer. Blazer patut dipadankan dengan suit lengkap agar kelihatan lebih profesional.”

Untuk majlis rasmi di hotel atau dewan berhawa dingin, Wazari menasihatkan wanita memakai baju kurung tanpa blazer. Jika terasa sejuk, shawl atau pashmina boleh dijadikan pilihan alternatif.

Tip ini bukan peraturan protokol rasmi, tetapi pandangan seorang jurugambar yang berpengalaman merakam pelbagai VVIP. Pilihan ini sering menjadikan individu lebih menonjol di lensa kamera berbanding orang di pentas.

Baca juga: Wanita 30-an Pakai 80 Susuk Dari Sekolah Sebab Dibuli, Tapi Pakar Dedah Sebenarnya Tak Ada Kesan Cantik!

Warna tudung

  1. Pemilihan warna juga memainkan peranan penting. Tudung sebaiknya berwarna plain, gelap dan minimalis.
  2. Elakkan warna putih jika bergambar di latar belakang putih, kerana ini boleh menyebabkan wajah hilang ‘framing’.
  3. Warna tudung yang sesuai mampu meningkatkan seri wajah dan keseluruhan foto, sementara pemilihan yang salah boleh merosakkan hasil sesi bergambar.

Secara ringkas, kejayaan sesi bergambar bukan sahaja bergantung kepada kemahiran jurugambar, tetapi juga cara anda menyusun gaya, warna dan aksesori. Dengan pemilihan tepat, setiap wanita mampu kelihatan anggun, profesional dan menjadi tumpuan tanpa perlu kompromi pada keselesaan atau kesopanan.

Contoh pemakaian yang sesuai dan tak sesuai untuk sesi bergambar wanita gaya korporat:

sesi bergambar

sesi bergambar korporat

Penulis telah meminta keizinan untuk menerbitkan kandungan perkongsian ini semula daripada tuan jurugambar. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Baca juga: Malaysia Dalam Senarai 50 Negara Dengan Wanita Tercantik Dunia, Ini Ranking Penuh Yang Mengejutkan!

Sumber: Facebook Wazari Wazir Photography (1), (2) & (3)

FT Image: Wazari Wazir Photography / diana.grytsku

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×