Euforia Bola 2026
Sihat

5 Tips Selipar Tandas Sihat & Selamat, Jangan Main-Main Dengan Wira Kecil RM10 Ini Yang Tinggi Jasanya!

selipar tandas

Selipar tandas, benda paling murah dalam rumah tapi sebenarnya dialah hero yang menyelamatkan kita daripada pelbagai “makhluk halus” yang tak nampak di lantai bilik air.

Baru-baru ini, perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook mencuri perhatian warga maya dengan gaya santai tapi penuh ilmu. Yang mengingatkan kita bahawa selipar tandas bukan sekadar alas kaki, tapi benteng kesihatan yang sering dipandang remeh.

Baca juga: Akak Farmasi Saran Guna Spray Hidung Ini Bila Anak Bersin Tak Henti, Terus Tak Jadi Selesema!

5 TIPS SELIPAR TANDAS SIHAT & SELAMAT

selipar tandas

Gambar hiasan penulis.

“Kita sanggup beli kasut beratus ringgit untuk keluar rumah, tapi selipar tandas yang berharga kurang RM10 selalu dilupa.”

Kedengaran lucu, tapi hakikatnya benar. Di lantai bilik air, bukan sekadar sabun jatuh atau air bertakung, tapi juga tempat berkumpulnya bakteria E. coli, kulat Candida dan pelbagai “makhluk mikro” yang boleh menyebabkan jangkitan kulit.

PHM turut berkongsi lima tip penting supaya selipar tandas bukan sekadar cantik dan murah, tapi juga sihat dan berfungsi dengan betul.

1. Satu tandas, satu selipar khas

Ini bukan konsep kongsi kasih. Setiap tandas patut ada selipar khasnya sendiri. Jangan kongsi atau bawa ke luar, bakteria pun tahu berpindah rumah kalau diberi peluang!

2. Pilih tapak anti-gelincir

Nampak gaya macam kecil, tapi inilah penyelamat dari insiden “tergelincir sambil menjerit Ya Allah!”. Elak tapak licin yang boleh buat anda jatuh macam babak drama.

3. Keringkan selepas guna

Lepas guna, gantung atau letak di tempat berangin. Jangan biar air bertakung. Kalau manusia boleh lemas, kulat pun boleh “berkembang biak” dalam genangan.

4. Basuh seminggu sekali

Gunakan sabun dan air panas kalau boleh. Ingat, selipar pun perlu mandi, bukan kita saja. Bau semerbak dari selipar bukan tanda “original”, tapi tanda bakteria tengah buat pesta.

5. Tukar bila dah haus atau berbau

Kalau selipar dah nipis macam roti canai, itu tandanya masa untuk pencenkan dia. Selipar lama bukan nostalgia, tapi punca kulat dan jangkitan.

Baca juga: Pakar Dedah Fakta Menarik Tentang Darah Haid, Kadang Pekat Hitam & Beza Baunya Dengan Istihadah

Bukan sekadar alas kaki, tapi penjaga kesihatan

PHM menegaskan, walaupun nampak remeh, kebersihan selipar tandas memainkan peranan besar dalam pencegahan penyakit kulit dan jangkitan kulat.

Ramai yang mungkin tak perasan, tapi kuman boleh berpindah ke kaki dan tangan, terutama bila kita keluar dari tandas dan terus ke dapur.

Jadi, lepas ni kalau ternampak selipar tandas anda terbaring lesu di penjuru bilik air, tolonglah angkat dia, cuci dan beri penghargaan sewajarnya.

“Selipar tandas mungkin nampak biasa, tapi dialah wira senyap yang jaga kesihatan setiap hari.”

Baca juga: Bahaya Jantung Jadi Laju Luar Biasa Semasa Bersenam! Ini 7 Cara Kawal Degupan Supaya Tak “Overlimit”

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: Penulis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×